JUMAAT, 14 DIS 2007, Kg. Chicha Hulu, Kubang Kerian

 

Banjir yang melanda Pantai Timur, terutamanya Kelantan baru-baru ini, khabarnya telah pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, di sesetengah tempat masih terdapat lagi kawasan yang digenangi air dan lumpur terutamanya di sekitar Rantau Panjang & Tumpat.

p1010097.jpg p1010088.jpg

Menurut beberapa sumber, sebuah empangan di selatan Thailand yang pecah telah memburukkan lagi keadaan banjir tersebut. Akibatnya, paras air di Sungai Golok telah melimpah secara mendadak dan tak terkecuali juga beberapa buah kampung di sepanjang sungai-sungai utama dalam kawasan Kubang Kerian.

Biarpun keadaannya tidak seteruk kawasan lain namun diatas keprihatinan Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub telah sanggup turun padang melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan. Saya telah turut sama mengiringi beliau berserta beberapa orang pemuda PAS Kawasan & Pemuda DUN Demit bagi menziarahi dan turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur serta hamper kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga sedikit sebanyak ianya dapat meringankan penderitaan mereka yang di timpa musibah.

Sememangnya, dalam krisis atau bencana sebegini, setiap bantuan & sokongan amatlah diperlukan. Saya sendiri yang telah melihat pada wajah-wajah mereka, terbayang jelas kesedihan yang sedang berlabuh di hati sanubari mereka. Sebahagian mereka mempunyai anak-anak kecil yang akan menghadapi musim persekolahan tidak lama lagi. Ringan-ringankan tangan anda dan hulurkanlah sumbangan seikhlas yang mungkin.
lawatan-banjir-di-betong.jpg
Advertisements