Assalamualaikum..Alhamdulillah, syukur kerana kesempatan untuk berblog hadir lagi.

 

SUASANA NEGARA SUDAH TIDAK MENENTU.

Kenapa saya berhujah sedemikian?
Kerana kezaliman pemerintah kini semakin berleluasa sewenang-wenangnya dan bagaikan di tujukan khas buat mereka yang tidak sehaluan dengan mereka. Perhatikan sahaja isu penangkapan tanpa penjamin dari insiden berdarah Batu Buruk. Perhatikan juga kenapa pula tahanan HINDRAF di bebaskan tanpa syarat?. Sah, ianya merupakan bukti kukuh BN menzalimi rakyat terutamana orang melayu. Penangkapan sedemikian samada secara sah ataupun tidak sentiasa menghantui kita yang seringkali dahagakan kebebasan bersuara dan keadilan dalam ertikata yang sebenarnya. Berdosakah kita?

RAKYAT DERITA

Rakyat menderita akibat kenaikan harga barang, tol, petrol. Percayalah, ianya akan terus mencengkam hidup rakyat tanpa belas kasihan, sedangkan pemimpin negara semakin bermewah-mewahan. Apa yg mereka bimbangkan? Walaupun kenaikan petrol sehingga RM 10 seliter, mereka peduli apa? Kerana mereka punya duit & kuasa. Yang teruknya adalah kita, rakyat marhaen yang papa kedana. Gejala maksiat dan mungkar kian berleluasa tidak terkawal, semua ini menguji keimanan & kesabaran rakyat. Tindakan penguatkuasaan pula dilihat acuh tak acuh sahaja. Tidakkah pelik, Tuan Guru yang tidak menerima rasuah mahu disoalsiasat, sedangkan yang menerima bebas kemana sahaja? Semuanya sudah terbalik.

NEGARA POLIS

Benar juga, kalau di teliti Malaysia ibarat negara polis yang semakin mencengkam kewibawaaan demokrasi yang di agung-agungkan oleh kerajaan UMNO. Secara jujurnya, saya berbangga dengan ketelusan kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini, yang menyatakan bahawa isu penangkapan & ISA semakin berleluasa adalah kerana rakyat yang memberi mandat kepada parti yang melaksanakannya. Sekiranya tidak mahukan ISA bermaharajalela lagi, maka WAJIB bagi kita untuk tidak lagi memberi mandat mereka mentadbir negara ini. Jika amalan demokrasi mahu disuburkan, maka perubahan perlulah dilakukan semasa PRU-12 nanti.

MUTAKHIR INI

Kini, cubaan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan dilihat amat jelas sekali. Pelbagai taktik dan strategi di cipta serta cuba dikaitkan dengan MB dan bebarapa orang exco bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sama sahaja dengan UMNO, namun ianya tidak berkesan sama sekali. Sementara itu, dalam manifesto BN Kelantan yang terbaru, telah dijanjikan projek mega bernilai RM 2 billion untuk membangunkan negeri yang dikatakan mampu disiapkan dalam tempoh 5 tahun! Ianya bukan sebahagian dari projek ECER yang dilancarkan oleh PM baru-baru ini, tetapi merupakan projek sokongan bagi menjayakan ECER. Dengan ertikata lain, ianya bertujuan membeli undi dan sokongan rakyat Kelantan dengan janji pembangunan mega yang luar biasa.

HARU BIRU

Alangkah celarunya kerajaan pada hari ini. Menuntut kita semua bermunajat kepada Allah supaya menyelesaikan segala kemelut ini dengan sempurna. TG Presiden baru-baru ini, telah menyeru kepada semua pimpinan di semua peringkat agar dilakukan munajat memohon kepada Allah supaya malapetaka & kezaliman ini berakhir. Untuk itu, PAS Kawasan Kbg Kerian, telahpun memulakan program munajat ini bermula 23 – 28 Dis di peringkat DUN, manakala 27 Dis di peringkat kawasan. Adalah diharapkan, program permulaan seumpama ini dapat diteruskan oleh semua pejuang-pejuang agama Allah di setiap masa dan tempat. Allahu Akbar!

Selamat bermunajat

Advertisements