Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya nikmat & rahmat yang dikurniakan merupakan balasan atau janjiNya kepada mereka yang tahu bersyukur serta istiqamah dalam perjuangan. Kesempatan yang terbatas ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada para pejuang dan petugas PAS seluruh Malaysia khususnya buat rakan seperjuangan di Kubang Kerian, Kelantan.

Sebagaimana kita sedia maklum tahun hadapan penting buat kita, yakni tahun pilihanraya. Ianya sebenarnya merupakan titik permulaan kepada perubahan tampuk pemerintahan di Malaysia. Kita sudah jemu di tipu, di tekan dengan pelbagai masalah. Kerana kita tahu bahawa kerajaan pada hari bukannya membela rakyat bahkan mendera rakyat.

new-years.jpg

Sesungguhnya, perkara yang telah berlaku, biarlah ianya kemas dalam lipatan sejarah hidup kita. Pengalaman perit 2004 sewajarnya di jadikan pengalaman buat kita. Apa yang perlu disedari ialah perubahan kehidupan perlu dilakukan ke arah yang lebih baik demi mencapai kualiti kehidupan dan kematangan berpolitik yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Setiap agenda perjuangan dalam sistem jemaah perlu dirancang mestilah bertunjangkan sikap dan pemikiran positif dalam memastikan kejayaan dalam perjuangan yang kita dokong ini.

Sempena tahun baru ini juga, marilah kita renungkan :-

  1. Kepentingan perubahan berpolitik
  2. Jauhi sikap tak apa & sindrom selesa yang membelenggu diri
  3. Leka dengan hiburan yang keterlaluan sehingga hilang nilai jati diri sebenar
  4. Isu semasa yang dapat membantu perjuangan kita.
  5. Kebobrokan UMNO = selama pemerintahannya 50 thn

Menjelang terbitnya fajar Tahun 2008 dan Maal Hijrah 1429 nanti, marilah sama- sama kita berazam untuk menjadi manusia yang lebih berilmu, lebih berpengetahuan, lebih berkemahiran dan lebih berwibawa. Marilah kita sama-sama melangkah ke tahun baru dengan tekad untuk bekerja secara tekun, bersungguh, komited dan ikhlas demi masa hadapan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kepada Mu Ya Allah dipohonkan segala petunjuk dan hidayah, segala rahmat dan perlindungan, agar Islam kian subur

Selamat Tahun Baru Islam 1429 Hijrah dan Tahun Baru Masihi 2008

Advertisements