ASSALAMUALAIKUM..

shahidan.jpg

Pertengahan Disember lepas, saya mendengar khabar angin sebuah ‘peperangan’ bakal meletus di utara tanahair. Ianya tidak kurang juga hebatnya, namun ekoran tiada sumber dan asas maklumat yang kukuh, perang berkenaan tidak saya ketahui akan sudahnya.

Namun, apabila akhbar utama negara mula melaporkan berita berkenaan baru-baru ini, saya tersenyum sendirian. Rupa-rupanya ada benarnya juga khabar angin itu. Cerita pergolakan yang dihadapi oleh UMNO Perlis bukanlah cerita baru, bahkan orang yang mengisytihar perang bukan sebarangan orang. Bukan ahli biasa, ketua bahagian mahupun cawangan tetapi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi yang merupakan orang penting kerajaan Al Badawi Wal Hadhari!

Hairan juga apabila Radzi secara terang-terang mahukan Menteri Besar Perlis berundur, dan ianya di laporkan secara jujur dalam media. Sehingga ‘boss’ no. 2 bersuara..agar usah disiarkan serta dibincangkan masalah dalaman parti secara terbuka. Dalam ertikata lain, usah disiarkan dalam media! Kerana bimbang kalau-kalau ianya menjadi isu & bonus percuma buat pembangkang. Hasilnya kini, cubalah anda cari berita tersebut di mana akhbar harian kita, mana ada kan? Bijak-bijak. 🙂

Kalau dulu, krisis Dato’ Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dengan Timbalannya Dato’ Zahidi Zainul Abidin (ADUN) Beseri sudah lama dilihat sebagai saingan kepada Shahidan kerana dahulunya dikatakan mempunyai hubungan yang kuat dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dilihat sebagai pengganti kerusi Menteri Besar.

 Sejauhmanakah semua ini? Ramai yang menganggap semua ini hanya isu picisan sahaja, namun begitulah seadanya..

Advertisements