Assalamualaikum..

Sehari dua ini, kita kalut dengan isu-isu yang membabitkan menteri kesayangan kita. Berbagai cerita mengenai menteri, baik yang manis, pahit, yang elok dan juga yang tak sedap didengar. Ada menteri yang sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk sesuatu perkara, ada pula yang hidup serba sederhana demi kerana rakyat, ada juga yang terlalu berahsia dengan hartanya, namun harus diingat ada juga yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit demi hanya untuk sekeping nombor plet kereta! Timbul juga persoalan di benak kita, berapakah sebenarnya gaji menteri kita? Mari kita lihat fakta berikut yang saya dapat dari seorang sahabat :-

  • Elaun Keraian RM10,500.00
  • Elaun Perumahan RM10,800.00 – (tetapi, kebanyakan mereka sudah ada rumah sendiri)
  • Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 –
  • Elaun parking RM 5,700.00

JUMLAH RM 55,650.00

INSENTIF

  • Bercuti keluar negara – semuanya ditanggung kerajaan
  • Bil eletrik, telefon dan air percuma
  • Peruntukan perkakasan dapur/perhiasan rumah RM40,000.00
  • Sebuah Mercedes S320, di lengkapi driver & minyak percuma
  • Semua derma kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

LAIN-LAIN

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Rasanya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

  • Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
  • Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
  • Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
  • Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
  • Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
  • Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
  • Lain-lain sumber

PATUT LAA…ramai yang nak jadi menteri 🙂