ASSALAMUALAIKUM..

Tahun Baru 2008 disambut oleh rakyat Malaysia dengan berita yang menggemparkan. Tandatanya siapakah orangnya dalam pita rakaman terjawab apabila Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliaulah orangnya dalam pita berkenaan.

PANAS & KECOH

Mungkin inilah hadiah tahun baru 2008 buat kerajaaan dan kita semua. Berani juga dia buat pengakuan bahawa dialah lelaki dalam video lucah berkenaan. Seorang menteri yang menjadi harapan rakyat, tiba-tiba pula seolah-olah bangga dengan rakaman tersebut. Semua sudah maklum, salinan video tersebut disebarkan secara meluas di Johor (Darul Hadhari) sejak beberapa hari lepas. Sungguh malu lagi memalukan! Seorang menteri kesihatan yang memegang portfolio yang besar dalam kerajaan Malaysia!berkelakuan sedemikian rupa. Usah ragu dan sangsi lagi, kini kita telah tahu betapa rendahnya moral pemimpin negara kita.

HAIRAN

Namun, di sebalik semua ini, timbul pula perasaan hairan di fikiran. Kenapa pula pendokong UMNO ‘dulu kini dan selamanya’ ini berani membuat pengakuan jujur, live keseluruh negara? Tentunya kita maklum, kebiasaannya apabila timbul perihal atau isu panas sebegini, mereka bermati-matian akan menafikannya walaupun cukup bukti. Tapi, dalam kes ini, lain pula jadinya. Sama-samalah kita renung dan kaji. Walau apapun, sebagai rakyat yang bijak, kita perlulah melihat dan menilai melalui kewarasan akal yang akan menentukan titik akhir dan penamatan riwayat UMNO dan parti komponennya yang juga merupakan parti penuh dengan masalah kecelaruan sosial…

BIMBANG

Terdetik jua kebimbangan di hati, adakah orang yang mengambil rakaman adengan panas berkenaan akan diambil tindakan sebagaimana kes di Batu Burok, Terengganu? Dimana, si penembak bebas, yang kena tembak di tahan. Dalam kes ini, dikatakan juga bahawa pihak polis telah memulakan siasatan (huhh…cepat sungguh!, tapi kalau dilihat dalam kes adik Nurin sampai sekarang masih tidak selesai).

Al hasilnya, inilah Malaysia, negara ku tercinta, orang yang buat salah tidak akan dikenakan tindakan, tetapi yang melapurkan kesalahan akan didenda dan dikenakan tindakan. Anda tak percaya? Kalau tak percaya, silalah laporkan rasuah pemimpin negara kepada pihak berkuasa…..saya gerenti…..gerenti anda di tangkap! ๐Ÿ™‚

Wallaua’lam

TERKINI :- Akhirnya dia berundur jua. (sila rujuk di sini & disini) dan percayalah tiada pilihanraya kecil yang akan berlaku.. ๐Ÿ™‚

Advertisements