ASSALAMUALAIKUM…

Solat Hajat menentang kezaliman BN peringkat DUN Salor baru-baru ini berjalan dengan lancar. Ianya di buat di sebuah Institusi Pengajian Pondok yang saya kira mempunyai keberkatan tersendiri iaitu Pondok Muhammadiah, Kg. Beta Hilir. Kehadiran AJK peringkat UPU & MTD diluar jangkaan, di mana makanan yang disediakan tidak mencukupi menyebabkan ada yang terpaksa pulang dengan perut kosong.

Ini merupakan petanda yang jelas tentang kebangkitan semula semangat juang di kalangan petugas demi untuk memastikan kezaliman & keganasan BN akan dapat dihancurkan sama sekali khasnya di DUN Salor.

TAZKIRAH

Selepas selesai Solat Hajat, program pada malam tersebut dihangatkan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Pengelola Halaqat Kelantan, Ust. Mohamad Mustapha. Tazkirah beliau saya kira dapat menambahkan lagi kefahaman mengapa PAS wajib menentang UMNO berserta dgn fakta UTAMAnya sekali sebagaimana berikut :-

  • UMNO secara jelas mensyirikkan Allah SWT iaitu dengan menolak hukum tuhan dan menggunakan undang-undang Inggeris sebagai dasar perlembagaan negara
  • Kezaliman yang paling besar ialah mensyirikkan Allah SWT dengan perkara lain. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya syirik itu ialah kezaliman yang paling besar”

 

munajat.jpg

SEJARAH

Kalau kita soroti kembali kepada sejarah penubuhan PAS pada tahun 1951 di mana ulama pada masa itu melihat gabungan UMNO-Perikatan tidak mampu untuk memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam yang sebagaimana dicita-citakan oleh sebahagian besar umat Islam. Atas dasar untuk menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi negara lah maka ulama pada masa itu bersepakat untuk menubuhkan PAS. Isu ini ditegaskan berulangkali oleh pimpinan kita hatta pimpinan tertinggi PAS sendiri iaitu sekiranya Kerajaan UMNO-BN sanggup untuk menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi Malaysia maka PAS sendiri akan dibubarkan dan semua pemimpin dan ahli PAS akan menyokong dan bersama dengan kepimpinan kerajaan yang ada pada masa tersebut untuk mentadbir Negara ini kearah keredhaan Allah SWT.

RETORIK

Kenyataan ini saya lihat bukan lah satu kenyataan politik ataupun retorik murahan tetapi ianya yang lahir dari kefahaman yang jelas bagi seorang pejuang. Menjadi pemimpin semata-mata bukanlah matlamat utama perjuangan Islam tetapi perkara utama kepada pejuang Islam ialah perlaksanaan Islam itu sendiri hendaklah di lihat dan menjadi amalan utama kepimpinan negara. Apabila soal Islam telah diamalkan maka tidak perlu kita berebut-rebut untuk menjadi pemimpin cukuplah kita menjadi rakyat bagi sebuah Negara yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Advertisements