Betapa sayunya hati, melihat bangsa seagamaku yang hanyut
Dikala bangsa lain kian meningkat ekonomi mereka
 
Tetapi
bangsaku makin leka dengan hiburan
katakan apa saja (Sureheboh, AF, hiburan minggu ini)
SMS undi artis sampai berjuta ringgit
Bukannya di simpan untuk anak-anak, sumbangan derma, bayar hutang
 
Apa nak jadi dengan bangsaku
sanggup menangis tatkala artis pujaan tewas dalam pertandingan
Tapi tak pernah tersentuh hati …tatkala beribu-ribu saudara Islam mati dibunuh
dibakar, ditetak, dilenyek, dihancur
aahh..buat apa peduli
janji dapat makan, kerja cari rezeki untuk anak bini
 
Bangsaku
marah membara dikala kerajaan menaikkan harga minyak naik, barang, tambang bas, teksi
tapi…kemarahan itu reda apabila gaji & bonus diterima
atau cuma sekampit baja cap dacing
 
Bangsaku
mungkin juga reda marahnya
saat melihat menteri kesayangan naik basikal di pilihanraya kecil
ohh…alangkah zuhudnya menteriku
 
Kita bangsa merdeka
cukup sayu apabila anak tercinta gagal ke universiti yg terbaik
namun, kita tak rasa apa-apa kalau mereka gagal khatam quran
enggan solat
enggan puasa
sedangkan itu tunjang agama
mana jatidiri bangsa seagamku
 
Usah bicara soal merdeka
sedang minda masih dijajah dengan besi karat
usah bangga kalau jadi pegawai syarikat besar
walhal
masih berkiblat si anjing penjajah
 
Bangsaku
didodoi & dilenakan dengan kejayaan palsu
bertuhankan TV & hiburan
hingga lembek tak terdaya..walaupun cuma untuk mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya
 
Bimbang
Mana tahu kalau-kalau tak dapat makan
Sekiranya pembangkang tadbir negara
 
Sedarlah melayuku
Usah terus layu dan melayu
kita masih terkebelakang
Di tanah seberang, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis.
jadi contoh kepada anak muda mengejar kemajuan
 
Namun kita,
leka dengan artis yang berjaya meraih `ijazah’ dari Akademi Fantasia (AF)
lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar
daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya
mengapa ohh mengapa
 
Hasilnya
kita lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
lebih mendewakan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
makin khusyuk dengar lagu daripada mendengar Azan & Al Quran
 
Sedarlah bangsaku
bacalah buku agama..pinggirkan novel cinta
rempitlah ke masjid…jauhi jalanraya
bersyukurlah dgn keimanan.usah bangga dengan dosa
 
Tanyalah diri
usahlah berangan ke syurga
andai diri tak sanggup berjuang
layakkah kita dengan syurga Allah?

 

Advertisements