ASSALAMUALAIKUM..Apa nak jadi dengan kerajaan sehari dua ini. Selepas rakyat di dera & ditipu dengan isu yuran sekolah percuma serta kenaikan tambang bas sekolah, muncul pula ‘hantu’ baru iaitu, kenaikan harga minyak masak di pasaran. Khabarnya sehingga terpaksa dicatukan, sebagaimana pengumuman Dato’ Mohd Shafie Apdal yang mahu hal tersebut dilakukan berdasarkan kaedah catuan gula yang pernah dilakukan sebelum ini. Kenapa perlu dicatukan? Selesaikah masalah dengan mencatukan minyak? Begitu susahkah kehidupan rakyat sekarang hingga terpaksa mencatukan minyak, sedangkan kita punya segalanya, dari kelapa sawit hinggalah ke kilang minyak sawit yang besar. Malah Lembaga Tabung Haji dan beberapa kroni turut mempunyai ladang sawit yang besar di sekitar Asean.

Bagaikan ada tangan ghaib yang memerintah agar minyak ini ‘ditiadakan’ bagi membolehkan harganya dinaikkan! Sementara media massa pula, bijak memutar belitkan isu ini dengan menyalahkan pengguna pula. Mereka berharap agar rakyat menyalahkan sesama sendiri dan tidak menuduh kerajaan cuai di dalam pemantauan terhadap bekalan serta tidak membendung penyeludupan.

Sila rujuk berita berikut,

Kekurangan Minyak Di Pasaran Juga Berpunca Daripada Pengguna

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama)– Sikap pengguna yang membuat pembelian panik dengan membeli bahan itu dalam kuantiti yang banyak walaupun melebihi daripada keperluan turut menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak masak di bandar ini. Pengurus Besar Mydin Mall di sini, M. Muruguyah berkata, jika sebelum ini bekalan empat tan metrik minyak masak sehari sudah mencukupi, namun selepas kerajaan mengumumkan langkah mengehadkan pembelian hanya lima kilogram minyak masak bagi seorang pembeli, permintaan telah meningkat sebanyak lima tan metrik sehari.

Tetapi, saya percaya rakyat bukannya bodoh dan mereka tahu bahawa punca sebenar kekurangan minyak adalah kerana ada pihak yang mahu ianya dinaikkan harga. Mungkin secara teorinya apa yang berlaku sekarang ini adalah sebagaimana berikut :-

*Media mengumumkan bermulanya kekurangan stok barangan dipasaran
*Serbuan & tangkapan kpd pemborong yg menyorok barangan

*Catuan akan dibuat pada setiap pengguna.

*Kenaikan harga barang diwartakan dengan alasan, kerajaan tiada pilihan.

*Sambungan langkah pembasmian dan penyeludupan untuk jangkamasa 2 ke 3 bulan.
*Kementerian selepas itu akan sambung tidurnya sehinggalah barangan lain mula menjadi isu baruPERCAYALAH..

Ianya pernah berlaku terhadap barangan lain sebelum ini, kemudian gula dan sekarang berlaku kepada minyak masak. Mungkin inilah PROJEK & BALA terbesar yang dicipta oleh kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat yang telah memilihnya dalam pilihanraya yang lepas.

TERIMA KASIH BN !!

Advertisements