att42673rs4.jpg
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, Tahun Baru Hijrah 1429 telah tiba lagi mengingatkan kita bahawa telah seribu empat ratus dua puluh sembilan tahun (1429) junjungan besar Nabi SAW yang tercinta telah pergi meninggalkan kita. Tiada harta & emas perak yang ditinggalkan, cuma Al Quraan & As Sunnah sebagai pegangan serta panduan hidup. Jesteru itu, marilah kita muhasabah diri sendiri, sejauh manakah ajaran sunnah nabi telah dilaksanakan. Sejauh manakah khazanah Al Quran diterokai. Sejauh mana mana amalan para sahabat kita ikuti? Sejauh mana?
Seseungguhnya, hijrah mengingatkan kita betapa pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup meninggalkan kampung halaman, kaabah yang tercinta, kaum keluarga, harta benda serta rumahtangga demi untuk mematuhi arahan Allah SWT bagi menegakkan sebuah pemerintahan Islam yang berdaulat lagi berkuasa di Madinatul Munawwarah.
doa1.jpg

Sesungguhnya, kalau difikirkan dari sudut ganjaran pahala, sudah tentu fadhilatnya lebih besar bagi mereka yang solat dan beribadah di Makkah (kaabah) berbanding tempat lain. Memang kalau difikirkan itu semua, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak patut berhijrah. Namun, ternyata apa yang lebih penting dari kesenangan dan keselesaan itu ialah tentang bagaimana ajaran Islam yang suci ini boleh ditegakkan dan di lihat benar-benar berkuasa untuk memartabatkan ajaran Islam di atas muka bumi yang tercinta.

Begitu juga dengan realiti kita di hari ini, sesudah 50 tahun berada di bawah pemerintahan UMNO-BN, saya kira kita telah ada cukup pengalaman untuk sama-sama bertekad dan lebih penting lagi ialah :- berhijrah dari sebuah kerajaan yang zalim kepada sebuah kerajaan yang berkebajikan, tempat berehat bagi orang-orang yang memerlukan.

Marilah kita mengutip kembali semangat & roh hijrah yang dipamerkan oleh junjungan nabi dan para sahabat. Ayuh kita kumpulkan menjadi satu kekuatan bersama rakyat untuk melakukan penghijrahan dalam PRU ke 12 nanti iaitu sama-sama kita tumbangkan regim UMNO-BN dan kita berikan tampuk pemerintahan kepada Barisan Alternatif untuk memimpin Malaysia untuk 50 tahun akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1429.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Cikgu Mohd Nuri Mat Yaacob
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian

Advertisements