Assalamualaikum

Sahabat seperjuangan, marilah kita bersama meningkatkan tahap gerakkerja kita semua ke tahap yang maksima sebagaimana saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Harun Din yang mahukan semua jentera parti berada di tahap gear 5. Ini memandangkan tanda-tanda awal PRU sudah ada.

Persiapan dari semua aspek perlulah dikaji & dikemaskinikan semula untuk memacu kemenangan. Apa yang perlu difahami semua ialah, kemenangan dalam PRU ini adalah satu amanah dan anugerah dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana kita semua mampu menunaikan mengikut kehendak Allah dan RasulNya.

Saya sendiri selaku ketua dewan pemuda pas kawasan tidak terlepas dengan mesyuarat demi mesyuarat dan perjumpaan demi perjumpaan untuk memastikan semua jentera berada di tahap yang optimum, maksimum dan boleh digerakkan bila-bila masa apabila siren dibunyikan.

Apa yang lebih menyeronokkan, seolah-olah berada di dalam musim pilihanraya kerana hampir setiap hari terpaksa turun dari rumah seawal pagi dan pulang ke rumah lewat malam. Mujurlah isteri tidak menaruh perasaan cemburu πŸ™‚ serta memahami tugas perjuangan yang saya pikul. Malah, setiap kali mahu keluar rumah maka anak bongsu saya akan bertanya ayah mahu ke mana. Jika saya menjawab mahu menghadiri mesyuarat maka beliau mengizinkan saya keluar tanpa menangis tetapi jika saya memberikan alasan lain maka beliau akan menangis dan meminta membawanya bersama πŸ™‚

INGATAN

Buat diri sendiri dan semua rakan-rakan seperjuangan, marilah kita bekerja dan berjuang semata-mata kerana tuntutan dari Allah dan Rasul bukannya kerana tuntutan lain seperti mahukan kedudukan yang lebih, mahu menjadi calon pilihanraya serta mahukan pujian dari masyarakat. Kita berjuang dan bekerja kerana kita mahu mendapat keredhaan Allah SWT. Apalah erti semua yang kita miliki kalau akhirnya kita tidak menjadi orang yang diredhai Allah SWT.

SELAMAT BERJUANG DAN MENGHADAPI PRU 12 DENGAN PENUH SEMANGAT DAN ILTIZAM YANG TINGGI UNTUK MEMASTIKAN ISLAM TERUS MENJADI TUNGGAK PEMERINTAHAN DI NEGERI KELANTAN DAN PEMBANGKANG YANG KUAT DI MALAYSIA.

ALLAHU AKBAR !

Advertisements