ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. segala puji kepada Allah yang telah menciptakan kita semua dan menganugerahkan kepada kita berada di dalam agama yang mulia ini. Selawat dan salam kepada junjungan nabi, keluarga, sahabat serta para mujahid yang telah berjihad dan memulakan perjuangan ini sehingga ke hari kiamat.

ENTRY KALI INI BERBEZA

Benar, entry (posting) kali ini berbeza dari sebelumnya kerana saya akan membicarakan tentang cinta. Kenapa cinta? Kerana tentunya bagi setiap individu yang sedang meningkat remaja sememangnya tidak boleh lari dari persoalan cinta. Sebahagian besar remaja memang menghadapi dilema percintaan. Ianya seringkali disilap tafsirkan.

Perasaan ingin mencintai dan dicintai selalu bermain di dalam benak pemikiran. Sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup membuat apa saja untuk membayar harga sebuah cinta dari orang yang mereka sayangi. Kalau tidak masakan pepatah melayu ada menyebut “lautan api sanggup direnangi, lurah sanggup dituruni, bukit sanggup di daki”. Kalau dulu, timbul ungkapan bagi membuktikan cinta seperti, “ambillah pisau belahlah dadaku”. Namun kini, semua itu tiada lagi.

Semuanya indah masa bercinta, bait-bait yang diungkap akan menambahkan keasyikan dan keseronokan di lamun cinta. Persoalannya adakah cinta itu cinta yang hakiki atau “cinta monyet”. Persoalan sebegini seharusnya dibincang dan dirumuskan dengan teliti agar remaja tidak membuat keputusan yang terburu-buru. Cerdiklah dalam menilai sebuah cinta. Kalau salah dirumuskan, akibatnya nanti tentulah ditanggung sendiri, bukannya orang lain. Hendaklah dihitung kesan buruk dan baiknya dalam menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.

Islam membenarkan perasaan cinta kerana ianya lumrah setiap manusia. Islam juga menggariskan cara-cara bercinta menurut syariat Islam. Perkara yang paling mustahak sekali ialah cinta kita yang hakiki dan utama ialah cinta kepada Allah dan nabi. Ini bermakna cinta yang dikatakan sejati itu, mesti tidak boleh mengatasi cinta kita yang UTAMA dengan tidak boleh melanggar arahan Allah kerana mengikut kehendak cinta nafsu semata-mata.

 

love.jpg

Antara tips kepada remaja yang bercinta ialah :

  • Bercinta adalah semata-mata kerana Allah. Berjumpa dan berpisah pun hanya kerana Allah.
  • Kalau perlu bertemu, jangan berdua kerana yang ketiga adalah syaitan. WAJIB ditemani oleh muhrim yang sah.
  • Berjumpa di tempat yang terbuka, terang dan tidak menimbulkan syak wasangka.
  • Menutup aurat. Elakkan memakai pakaian yang seksi dan boleh menimbulkan ghairah.

Saya cukup yakin sekiranya para remaja mematuhi tips-tips di atas maka gejala yang negatif akan dapat dielakkan atau paling tidaknya dapat dikurangkan. Oleh itu saya merayu dan memohon kepada para remaja supaya kita sama-sama menyayangi diri kita sendiri, pertimbangkan maruah orang tua, menjaga batasan agama kita untuk menjamin cinta yang kita bina tidak melanggar tatasusila agama Islam yang kita sayangi.

p/s : Masa muda dulu, saya tidak sempat bercinta sebagaimana remaja sekarang. Gunakan baitulmuslim yang sah. Insyaallah selamat. 🙂

 

Advertisements