ASSALAMUALAIKUM.. Syukur kerana kesempatan untuk ber’blog’ hadir lagi. ๐Ÿ™‚

Bahang pilihanraya kian terasa panasnya, baik buat kerajaan mahupun pembangkang, dan.. masa depan negara bakal ditentukan sekali lagi. Rata-rata penganalisis meramalkan ianya bakal berlaku sebelum PM menghadiri sidang OIC bagi menyerahkan jawatan Pengerusi OIC nanti. Anginnya semakin bertiup kencang.

Perhatikan juga dengan arahan S/U Agung UMNO yang melarang para pemimpin mereka ke luar negara dan ianya berkuatkuasa serta merta. Hal ini kian mengukuhkan bukti bahawa PRU ke 12 akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Sementara itu, YB Dato’ Wan Ab Rahim Wan Abdullah semasa seminar PRU ke 12 PAS Negeri Kelantan baru-baru ini juga telah menegaskan bahawa countdown untuk menghadapi PRU adalah dalam tempoh 6 minggu bermula dari sekarang!!

PERANAN MEDIA MILIK BN

Kita kian muak apabila memerhatikan cara media memainkan peranan, yang saban hari mengganyang pembangkang tanpa segan silu. Laporan demi laporan yang tidak adil dan berat sebelah dihidangkan kepada rakyat setiap waktu, seolah-olah apa yang pembangkang buat semuanya tidak betul. Hanya BN saja yang betul.

Media juga turut melaporkan persiapan demi persiapan yang telah di buat oleh setiap negeri, jelas menggambarkan kepada umum bahawa UMNO terpaksa mengakui PRU kaliย  ini tidak semudah yang lepas. Ini adalah disebabkan dengan beberapa ‘gelombang besar’ yang dizahirkan oleh rakyat, yang memberi signal yang cukup jelas kepada kerajaan BN supaya tidak memandang enteng tentang mood rakyat. Percayalah, kami sudah cukup muak dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sepanjang memerintah 50 tahun yang lalu. Bermula dari sekecil-kecil isu, hinggalah kepada tahap kedudukan masyarakat India yang tidak memuaskan.

Perhimpunan MIC yang berlangsung baru-baru ini di Stadium Cheras membuktikan MIC terdesak untuk membuktikan bahawa kaum India masih memberikan sokongan yang padu kepada mereka dan BN. Manakala, pengumuman cuti oleh PM pada hari Thaipusam dilihat sebagai tindakan yang terdesak BN untuk menarik sokongan kaum India.

SEMUANYA TERDESAK & CACA MERBA

Nampaknya PRU kali ini memperlihatkan kepada kita semua pimpinan BN terpaksa turun padang dan tidak boleh duduk selesa di atas kerusi empuk. Najib sebagai TPM terpaksa juga jelajah seluruh negara. Mungkin dia sendiri tidak puas hati dan bimbang dengan mood rakyat yang sudah boring dengan sikap bossnya juga tiada prinsip yang jelas. Atau mungkinkah ini agendanya untuk mengambil alih kerusi Presiden UMNO setelah melihat PM tidak mampu mentadbir negara dengan baik. Atau mungkinkah ini juga merupakan satu konspirasi dalam kem Najib untuk menjatuhkan Paklah khasnya menantu beliau Khairi.

Inilah di panggil kerja dua dalam satu iaitu matlamat Najib turun secara umumnya dilihat untuk melihat persiapan jentera umno di setiap negeri bagi menghadapi PRU 12 tetapi dalam masa yang sama Najib juga mahu melihat sejauh mana persiapan jentera kem Najib untuk menghadapi pemilihan dalam persidangan UMNO nanti.

SEMUANYA BOLEH

Peliknya di Malaysia, rakyat perlu menunggu-nunggu bila PM akan mendapat ilham untuk mengumumkan pembubaran parlimen, tidak seperti negara lain dimana ianya telah ditetapkan tarikhnya dalam perlembagaan negara. Semuanya boleh di Malaysia.

Akses media? usah mimpikan tentang akses media untuk pembangkang. Semuanya hanya milik BN. Hanya ucapan pemimpin kerajaan sahaja dibolehkan. Pemimpin pembangkang dilarang sama sekali menyatakan pendapat atau memberikan penerangan tentang dasar perjuangan mereka kepada rakyat

Apa yang pembangkang ada? hanya tenaga dan wang parti saja. Perlawanan ini mungkin dilihat tidak adil dan diadakan di atas padang yang tidak samarata. Bayangkan bagaimana penakutnya UMNO dan komponen di mana mereka menggunakan semua instrument kerajaan sebagai tenaga dan kekuatan untuk menghadapi pembangkang yang hanya keseorangan. Memang sah mereka pengecut… Sebab itulah bagi saya kemenangan yang diperolehi oleh BN walaupun besar adalah kemenangan yang tidak sah.

Semua itu tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus berlawan dengan BN. Bagi kita, kita tetap menang khasnya menang dalam mempertahankan aqidah perjuangan. Harapan kita adalah balasan Allah dan keredhaanNya di hari pembalasan nanti. Teruskan perjuangan.

p/s : Berjuang tetap berjuang.

Advertisements