AHAD, 20 Jan 08
JKR 10, KOTA BHARU

Jabatan PASTI Negeri Kelantan hari ini telah menyampaikan sumbangan cek kepada PASTI yang terlibat dengan banjir bulan Disember baru-baru ini. Sumbangan berkenaan adalah bagi membaiki premis dan dalam masa yang sama meningkatkan kembali prasarana sekolah yang musnah seperti perabut, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Penyampaian bantuan tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di Bilik Mesyuarat, Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh. Seramai 30 orang hadirin telah hadir yang terdiri daripada guru-guru, pengerusi dan AJK PASTI cawangan yang terlibat.

Setiausaha PASTI Kelantan, Cikgu Mohd Nuri dalam ucapan aluannya meminta kepada mereka yang terlibat agar bersabar dengan musibah yang melanda dan meneruskan agenda persekolahan sesi 2008 seperti biasa walaupun dengan serba kekurangan. Beliau juga turut berterima kasih diatas keperihatinan warga PASTI Kelantan yang cepat bertindak turun padang menyampaikan bantuan banjir baru-baru ini. Katanya lagi, semua itu sedikit sebanyak telah menaikkan imej PASTI dimata masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada aspek pendidikan sahaja.

Sementara itu Pengarah PASTI Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim pula dalam amanatnya berkata, sumbangan seumpama ini akan diteruskan lagi selepas ini yang akan disampaikan oleh pihak swasta serta badan-badan berkanun kerajaan negeri. Semasa banjir yang lepas, sebanyak 25 buah PASTI yang terlibat, merangkumi kawasan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Rantau Panjang & Tumpat. Setiap PASTI cawangan menerima sumbangan awal sebanyak RM 500 yang disampaikan sendiri oleh beliau. >mrh< 

dsc03297.jpgdsc03293.jpg
Advertisements