ASSALAMUALAIKUM..

Salam Perjuangan..

Mutakhir ini, media pro BN memainkan peranannya pula dalam isu negara berkebajikan yang menjadi topik hangat diperkatakan oleh pemimpin politik tanahair. Malah ada pemimpin yang tidak percaya akan kemampuan mewujudkan sebuah negara berkebajikan. Kenapa perlu kebajikan? sedangkan rakyat kini telah dijaga sebaiknya.. kata segelintir dari mereka.

LANTANG

Impian kita sebagai rakyat marhaen di dalam negara ini, pastinya untuk merasai terbitnya sebuah negara berkebajikan seumpama negeri Kelantan. Namun percayalah, hasrat itu ditolak mentah-mentah oleh pemimpin UMNO Melayu yang sebelum ini lantang berkokok, berdegar-degar berhujah, kononya untuk mahu membela bangsa, agama dan tanahair.

Perhatikanlah kepada hasrat pembangkang, yang mahu menjadikan negara ini sebuah negara yang berkebajikan sekiranya rakyat memberi mandat sepenuhnya. Perhatikanlah pula kepada hasrat kerajaan UMNO sekiranya menang besar dalam pilihanraya. Tidak lain tidak bukan…hanyalah projek, projek, projek, pembangunan, pembangunan….

PERBANDINGAN

Apa yang dikemukakan oleh pembangkang dilihat lebih logik dan boleh di terima akal berbanding hujah dari pemimpin UMNO. Sesungguhnya rakyat tidak boleh diperbodohkan, mereka boleh melihat sendiri apa yang telah kerajaan PAS Kelantan lakukan selama memerintah 18 tahun dan bandingkan dengan apa yang telah UMNO lakukan selama memerintah 50 tahun mentadbir negara. Perbandingan ini pun cukup jelas bagi membuktikan siapa yang lebih menjaga kebajikan rakyat apabila mereka diberi kuasa memerintah.

Apa yang menyedihkan, setiap kali laporan kewangan syarikat dilaporkan, bahawa Petronas untung berbilion ringgit, Tenaga Nasional untung berbilion ringgit, PLUS untung berbilion ringgit, dan banyak lagi keuntungan yang dilaporkan. Persoalannya ke mana wang keuntungan itu? Kemana lagi kalau bukan ke SAKU kroni… 🙂

Apa yang rakyat dapat? Melainkan hanyalah bebanan kenaikan harga minyak, elektrik,  tol, tepung gandum, bawang dan bermacam lagi yang terpaksa ditanggung. Dimaklumkan juga laporan kutipan zakat yang begitu banyak di setiap negeri tetapi siapa yang mendapat manafaatnya ? Inilah perbezaan ketara di antara PAS dan UMNO. Setiap sen wang rakyat digunakan dengan penuh berhemah supaya akhirnya rakyat yang akan merasakan hasilnya.

KELANTAN, NEGERI BERKEBAJIKAN

Dalam entry yang terdahulu, saya telah pun menulis bahawa Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM 3 juta untuk menjaga kebajikan 130,000 orang warga emas, tetapi kalau di Negeri Sembilan pula sejumlah RM 3 juta juga dibelanjakan hanya untuk membaiki dapur rumah kediaman Menteri Besar. Sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat dengan duit sebanyak itu.

Semua ini tidak termasuk perbelanjaan membeli jet peribadi buat Perdana Menteri yang dikatakan bernilai RM 200 juta. Jumlah tersebut kalau diguna untuk menjaga kebajikan rakyat, tentunya dapat membina sebanyak 6666 buah rumah.

TUKAR??

Terkini, timbul pula saranan dari pemimpin UMNO Kelantan yang meminta supaya rakyat menukar Kerajaan Kelantan, kerana tempoh 18 tahun PAS memerintah adalah lama. Jawapan saya mudah saja, kalau PAS perintah Kelantan 18 tahun tu di kira sudah lama, maka UMNO yang memerintah Malaysia selama 50 tahun tentunya lebih lama dan WAJIB ditukar keseluruhannya. Bak kata pepatah moden, pemimpin UMNO bagaikan lampin bayi, perlu ditukar dengan kerap, kalau tidak badan bayi tentunya akan berkudis. 🙂

Saya kira kenyataan di atas boleh menjawab sebahagian kenyataan gelabah dari pemimpin UMNO yang tak tahu malu. Keluarkan kenyataan itu dan ini, terang terangan menipu rakyat. Kepada rakyat, berilah peluang kepada PAS dan BA membuktikan apa yang dijanjikan kepada rakyat seperti menurunkan harga minyak, memberikan pendidikan percuma dan pelbagai lagi kebajikan yang ditawarkan.

PERCAYALAH, REZEKI BUKANNYA DITANGAN UMNO

Yakinlah dengan kami untuk mentadbir Malaysia sebagaimana keyakinan rakyat Kelantan kepada YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memerintah negeri Kelantan. Ambillah semangat hijrah ini, untuk sama-sama kita berhijrah & berazam agar tegaknya nanti sebuah pemerintahan yang lebih baik iaitu kepada sebuah kerajaan yang membangun bersama Islam. Takbirr..

Advertisements