ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana kesempatan ini hadir lagi..

Awal pagi ini, saya luangkan sedikit waktu untuk menonton berita pagi di TV1. Mengenai kenyataan PM sewaktu ditemuramah oleh wartawan. Dengan egonya beliau menegaskan bahawa keputusan untuk mengadakan PRU lebih awal bukan kerana takut kepada pengaruh Anwar, tetapi kerana inginkan mandat baru untuk meneruskan agenda pemerintahan.

Dato Seri Anwar, yang dijadualkan bebas selepas Mac 2008 akan layak secara automatik untuk bertanding, sekiranya PRU 12 diadakan selepas tarikh tersebut. Soalnya, mengapa tiba-tiba pula faktor Anwar pula menjadi fokus utama? Pastinya ada muslihat disebaliknya. Sepatutnya, media UMNO tidak membesarkan lagi isu Anwar, sekiranya mereka betul-betul tidak bimbang dengan kemunculan semula beliau dalam arus politik negara pada hari ini.

untitled.gif

PENAFIAN ADALAH KEBENARAN!

Apa yang dapat disimpulkan ialah mereka sebenarnya bimbang dengan pengaruhnya yang masih lagi membara. Kerana menurut kebiasaaan, apa yang dikata atau dinafikan itu adalah yang sebenarnya berlaku. Itulah budaya UMNO. Masakan pula, kalau betul tidak takut, maka bubarkanlah parlimen selepas Anwar bebas dari tarikh kongkongannya untuk bertanding. Maka kita akan lihat nanti!

Walau apapun alasannya, rakyat cukup masak dengan perangai pemimpin UMNO. Mereka begitu rajin membudaya ‘penafian setiap perkara’ namun, apa yang mereka nafikan itulah yang berlaku. Kenapa perlu takut kepada bayang-bayang sendiri? Sememangnya, Anwar telah banyak mendedahan kepincangan yang berlaku dlm UMNO, lebih memeritkan lagi ianya terpaksa diakui kebenarannya oleh UMNO. Walau pun pada awalnya mereka cuba menafikannya melalui pelbagai cara! Percaya atau tidak, dengan penafian PM ini, memberikan petunjuk yang jelas bahawa tarikh PRU 12 kian hampir dan pastinya tidak akan melangkaui bulan MAC 2008!

BANGKITLAH

Marilah kita meningkatkan komitmen dan ikrar kita untuk menghadapi segala cabaran dalam PRU kali ini dengan segala kekuatan yang kita ada. Tingkatkan munajat kita kepada Allah dan wujudkan skuad khas untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana Rasulullah SAW sewaktu berperang di luar Madinah di mana Rasulullah memberikan amanah kepada orang-orang tua dan mereka yang tidak mampu untuk pergi berperang supaya membaca zikir dan solat hajat sebaik sahaja pasukan perang mula bertolak sehingga pasukan perang pulang semula. Pasukan munajat ini adalah kekuatan kepada kita yang tidak ada kepada pihak lain.

* GENDANG PILIHANRAYA SUDAH DIPALU.. AYUHLAH MENARI 🙂

Sumber info lain.. Utusan malaysia

Anwar bukan faktor adakan pilihan raya awal – PM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan merupakan faktor untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-12 lebih awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak perkara lain perlu di fikirannya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya itu. Pada masa sama, beliau berpendapat, rakyat negara ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

Advertisements