ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN

untitled1.gif

Kata orang, usah berjanji kalau tak mampu ditepati. Bimbang jua kelak nanti memakan diri.

Baru-baru ini, dia berjanji lagi. Mahu membela nasib rakyat di negeri sendiri. Bagus juga, sekurang-kurangnya dia sedar diri. Namun, apa yang mengejutkan janjinya kali ini makin hebat lagi. Janji untuk tidak sama sekali mengabaikan rakyat termasuk penyokong parti pembangkang sekiranya berjaya memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang!

Hebat sungguh! Umpama seorang raja yang bertakhta disinggahsana. Hasratnya menggunung tinggi, mahu melihat negeri ini maju seiring dengan negeri-negeri lain. Titahnya lagi, PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk menyatukan semula rakyat di negeri ini yang berpecah belah disebabkan fahaman politik. Besar sungguh nafsunya. Hasrat untuk menjadi MB, diratibnya saban hari.

Kepada dia dinasihatkan, usahlah begitu, selesaikanlah dulu isu penyelewegan wang PPRT. Selesaikan juga isu pertabalan raja. Rakyat masih ingat itu semua. 🙂

Janganlah berjanji yang bukan-bukan kepada rakyat. Kalaulah betul mahu membela rakyat, usah sekat bantuan per kapita kepada kerajaan negeri. Kerana dengan dana tersebutlah, sedikit sebanyak kami dapat membantu rakyat. Kalaupun ada bantuan, kenapa perlu disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan? Kenapa tidak disalurkan terus? Ada agenda lain kah? Kami tidak relevankah?

Akhirul kalam, usahlah berjanji !

Advertisements