yuran.jpg

ASSALAMUALAIKUM.. Salam perjuangan buat semua

CERITA TENTANG.. PENGUNDI MUDA

Kita semua tentunya maklum dengan demam PRU 12 yang semakin terasa. Lebih kurang 800,000 pengundi di Kelantan akan menjadi sasaran kempen bagi mana-mana parti. Baik pembangkang mahupun kerajaan. Jatuh bangunnya sesebuah kerajaan bakal ditentukan melalui undi rakyat. Tidak kira tua atau muda. Bagi mereka yang layak mengundi, inilah peluang terbaik bagi menentukan siapakah yang layak mentadbir sesebuah negeri.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, golongan belia & pengundi muda merupakan nadi bagi setiap kali pilihanraya. Mereka inilah akan di tatang bagai minyak yang penuh dalam setiap kali PRU. Lantaran itu, tidak hairanlah jika diambang pilihanraya golongan ini akan didekati oleh pemimpin UMNO dengan sebaiknya, baik melalui hiburan, sukan, wang dan apa sahaja. Kenapa? kerana mereka sedar, golongan inilah yang akan menjadi nadi buat mereka.

CERITA TENTANG.. HELAH

Lupakan pula tentang pengundi muda, perhatikan pula kepada isu semasa. Jika sempat kelak nanti, anda akan lihat betapa bersusah payahnya pemimpin UMNO ini cuba mendekati rakyat. Segala wang ringgit ditaburkan, buat mengaburi mata rakyat. Kalau 3 tahun sebelum ini, semuanya sibuk di luar negeri tetapi menjelang pilihanraya masing-masing akan balik semula ke kawasan, sibuk mendekati rakyat, program itu program ini, belanja itu dan ini.

Lebih malang lagi, terdapat segelintir rakyat akan terpengaruh dengan helah pemimpin UMNO ini serta akan mengenang jasa mereka yang seciput cuma itu. Walaupun sebelum ini menerima pelbagai peruntukkan dan segala jenis sumbangan dari kerajaan negeri.

CERITA TENTANG.. BANTUAN

Disaat-saat kritikal sebegini terdapat segolongan dari kita yang memerlukan pelbagai bantuan segera. Permohonan telah dibuat, tapi mungkin agak lambat sedikit menerima, ataupun sikap tidak sabar menunggu maka timbul pula istilah “kecil hati”. Maka keadaan sebegini, akan dimanafaatkan sebaik mungkin oleh pemimpin UMNO. Mereka akan datang segera, membantu insan yang kesempitan tadi, menabur wang ringgit, hamper sebiji dua, atap zink 2-3 keping atau cuma beras sekampit. Natijahnya, dengan mudah saja mereka berpaling, bermasam muka dan melupakan jasa kerajaan negeri selama ini ! (bukan mengungkit, tetapi berdasarkan pengalaman) πŸ™‚

CERITA TENTANG.. MENGAPA UMNO PERLU DITENTANG

Sebab itu, kita mesti mempunyai satu hujah! satu sebab musabab yang jelas kenapa & mengapa perjuangan UMNO perlu ditolak. Kenapa pula perlu sebab? supaya perjuangan ini lebih jelas, bermatlamat, ada visi & misi, ada agenda. Kita juga perlu faham bahawa perjuangan ini bukannya sia-sia dan bukan juga perjuangan ikut-ikutan :-

jangan-cabar-kesabaran-kami.jpg
  • UMNO tidak bersedia untuk mengubah perlembagaan Malaysia. Menjadikan rujukan tertingginya Al-Quran dan As-Sunnah.
  • UMNO gagal membela agama, bangsa, tanahair & bahasa
  • Menzalimi rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barangan
  • Menggalakkan segala gejala sosial & menyuburkan maksiat
  • Gagal mengawal kadar jenayah yang semakin meninggi.
  • Memuja ratu cantik dan artis, menghina ulama dan mufti

Wallahua’lam.

LAWAN SAMPAI BILA-BILA πŸ™‚

Advertisements