TEKA TEKI

Segala teka teki akhirnya terjawab. Semalam, PM telah mengumumkan pembubaran parlimen bagi menghadapi proses pilihanraya yang ke seterusnya. SPR pula dipertanggungjawabkan untuk menentukan segalanya dalam tempoh masa 60 hari. Baik dari tarikh penamaan calon mahupun hari membuang undi.

BENDERA

Membicarakan mengenai pilihanraya, secara automatiknya kita akan terlibat dengan perang! Perang bendera. Apalah ertinya pilihanraya tanpa bendera & sepanduk! Khabarnya, UMNO telah menyediakan bajet & peruntukan khas jutaan ringgit bagi mengupah individu tertentu secara kontrak bagi memasang bendera. Termasuklah pelajar sekolah, mat rempit, mat gian dan sebagainya. Ianya dengan tujuan untuk menggambarkan bahawa mereka adalah pilihan rakyat yang sebenarnya, bukannya pembangkang.

PARLIMEN

Pembubaran parlimen oleh PM semalam tidak mengejutkan, memandangkan mood rakyat dan juga kajian yang menunjukkan bahawa sokongan rakyat teramat rendah. Rakyat semakin dibebankan oleh kenaikkan harga, jenayah dan rasuah yang berleluasa. PM tentunya arif, sekiranya semakin berlengah membubarkan parlimen, maka semakin banyaklah kerusi akan tumbang.

SENARIO

Pilihanraya juga, menjanjikan pelbagai perkara yang tidak disenangi mungkin berlaku, Awas mungkin senario di bawah ini akan berlaku di tempat anda.

“Bayangkan di satu malam ketika petugas-petugas kita di sebuah bilik gerakan sedang tidur lena, beberapa buah kenderaan yang membawa samseng-samseng UMNO tiba. Mereka turun dari kereta dan terus menyerang bilik gerakan itu. Memecah masuk, memukul para petugas dan memecahkan apa saja yang ada.

Seorang dari petugas sempat menelefon pihak berkuasa dan mereka tiba dengan segera. Walau bagaimanapun, mereka yang tiba hanyalah menyaksikan kejadian tersebut dari jauh. Membiarkan petugas-petugas kita dibelasah dan membiarkan samseng-samseng UMNO beredar setelah meninggalkan petugas kita parah dan bilik gerakan kita ranap.

Senario seterusnya pula, pihak berkuasa, sama ada yang beruniform atau tidak, telah menyerbu petugas-petugas kita yang sedang menampal poster. Mereka telah merampas MyKad petugas-petugas kita dan segala usaha untuk mendapatkannya balik gagal. Akhirnya petugas-petugas kita tidak dapat mengundi”

PERANG TELAH BERMULA

 

Advertisements