ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN..

Mutakhir ini, tak semena-mena timbul pula isu orangutan. Gegak gempita semesta alam ditambah pula dengan peranan media yang pandai sungguh membelit bak ular sawa, meracun bagaikan naga, tapi sayang bisanya kembali semula kepada mereka

Semuanya bermula ekoran kenyataan Tok Guru yang mengatakan bahawa orang UMNO yang tak faham agama & undang-undang macam orangutan selepas satu program ceramah di Kedah. Kenyataan beliau cepat sekali diputarbelitkan media. Maksud beliau ialah SEGELINTIR & bukan kesemuanya. Namun, begitulah kebijaksanaan media negara yang memanipulasikan isu ini dengan sebaiknya.

Maka bertempiklah puak-puak UMNO mengecam TG Nik Aziz. Jika diteliti kenyataan ini.. ianya adalah satu perumpamaan untuk menunjukkan betapa meluatnya TG dengan tingkah laku pemimpin2 UMNO, yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai matlamat merampas Kelantan. Mereka sanggup merasuah rakyat Kelantan dengan projek & wang ringgit. Membeli undi, menabur janji. Hina sangatkah kita ini, terasa pula bagaikan lembu kerbau yang mudah dijual beli…!

Isu orangutan juga merupakan sesuatu yang remeh sahaja. Namun media begitu mengagung-agungkannya. Perkara yang lebih besar adalah memastikan fahaman agama & undang-undang itu menyerap secara total baik di kalangan pemimpin mahupun rakyat. Sebab itulah, TG melabelkan orang yang tidak faham undang-undang serta agama bagaikan orangutan. Bukankah betul? 🙂

Jika diteliti dan diputarkan kembali sejarah lama, 90-an lagi apabila kita cuba melaksanakan hudud tetapi mereka menolaknya mentah-mentah. Ceramah agama disekat, pengkuliah agama di halang, sukatan pelajaran agama disekolah diubah, manakala isu murtad pula terus dipandang enteng oleh mereka. Percayalah, isu orangutan merupakan gambaran ketidakpuasan hati TG terhadap UMNO dan media yang semakin “menggila” akhir-akhir ini.

Ayuh rakyat !! Lakukanlah perubahan. Usah menunggu orangutan itu kembali mentadbir negara.

senyumkambing2.jpg
Advertisements