ASSALAMUALAIKUM..

Sebagaimana kita maklum, sehingga semalam semua parti samada PAS, BN dan PKR masih belum memutuskan dengan muktamad senarai calon di Kelantan. Semuanya masih diperingkat perbincangan dan keputusannya nanti terpulang sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing. Kadang-kadang senarai calon yang dikemukakan itu masih boleh berubah lagi, walaupun disaat-saat akhir menjelang hari penamaan calon. Banyak faktor dan urusan perlu dikaji yang memerlukan penelitian mendalam. Kerana sekiranya silap percaturan, ianya boleh memakan diri. Begitulah rumitnya untuk mengesahkan senarai calon, kerana selagi tidak mengisi borang pencalonan maka selagi itulah seseorang itu belum pasti akan bertanding.

Semalam, kesemua Jawatankuasa Harian PAS kawasan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dikemukakan senarai calon yang diputuskan bagi bacaan kali pertama. Meneliti kepada perkembangan di dalam perjumpaan tersebut, didapati ramai yang sebelum ini diura-urakan bertanding, akhirnya namanya tiada dalam senarai akhir calon. Seperti yang saya nyatakan tadi, kesemuanya boleh berubah walaupun disaat-saat akhir pada hari penamaan calon. Saya bersyukur kerana bagi Parlimen Kubang Kerian semua nama yang diputuskan oleh pimpinan untuk menjadi calon dalam PRU nanti, merupakan orang yang hebat dan InsyaAllah akan mengekalkan kemenangan yang lepas.

Perkembangan dunia politik masa kini cukup menggerunkan parti politik yang akan bertanding. Perubahan sikap pegundi pada hari ini bukan lagi memilih parti bertanding tetapi akan memilih calon yang bertanding. Walaupun PAS sebagai sebuah gerakan Islam tetapi kalau silap percaturan meletakkan calon, maka rakyat boleh memejam mata untuk mengundi calon yang disukai walaupun dari BN dan begitulah sebaliknya. Pertembungan yang sengit nanti, tentunya meminta komitmen yang tinggi dari semua jentera khasnya di semua peti undi. Kenapa? kerana di situlah terletaknya benteng pertahanan terakhir bagi setiap parti. Sekiranya kuat di Unit Peti Undi (UPU), maka tanda-tanda kemenangan akan lebih terjamin.

Di antara jentera yang terpenting ialah Polling Agent dan Counting Agent (PAKA). Penipuan akan lebih mudah berlaku jika mereka ini tidak peka, mahir dengan bidang tugas mereka. Semua pengundi yang berada di UPU perlu dikenali satu persatu kerana di bimbangi wujudnya pengundi hantu. Terkini juga, saya mendapat satu maklumat rahsia bahawa strategi mengalahkan PAS di Terengganu akan digunapakai disini. Strategi yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan kad pengenalan yang dimasukkan gambar pengundi lain serta menggunakan nama pengundi yang ada dalam senarai tetapi tidak pernah keluar mengundi semasa PRU yang lalu. Oleh itu, PAKA perlu berhati-hati dengan taktik kotor ini.

Apa pun, rakyat sekali lagi diberi peluang untuk menggunakan hak bagi memilih kerajaan yang mereka yakini mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka. Sementara parti pemerintah menjadikan pilihan raya sebagai landasan untuk mendapatkan mandat baru bagi terus menipu rakyat, manakala parti pembangkang pula sekali lagi akan mencuba nasib dengan menawarkan pilihan yang terbaik kepada rakyat. Manakala, ikrar jentera PAS di semua UPU pada kali ini ialah, sanggup mengorbankan apa saja termasuk nyawa sendiri demi mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan.

Allahu Akbar

Advertisements