ASSALAMUALAIKUM..

Walaupun agak sibuk sehari dua ini, namun saya gagahi jua diri ini untuk ‘berblog’.

Bahang kepanasan kempen kian menyala-nyala, semuanya berjanji itu & ini. Begitu, begini, begitu, begini. Menjadi kelaziman bagi pihak parti pemerintah, mereka akan, sedang dan telah menggunakan saluran media arus perdana untuk menjayakan agenda mereka. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, RTM bagaikan salah satu parti komponen milik BN.

Siang malam berkempen untuk BN, tanpa segan silu menyeru rakyat supaya mengundi BN dalam PRU nanti. Hingga timbul pula rasa mual & jijik apabila menonton tv.

Tentunya kita masih ingat. PM sering mencanang ke serata alam bahawa media kita bebas dalam menyiarkan berita. BEBAS??

Yaa..bebas dalam menyiarkan rancangan hiburan, nyanyian, drama, iklan, filem tetapi tidak dalam berita mengenai pembangkang! Mana ruang untuk parti pembangkang bersuara didalam arus media perdana?. Pembangkang dinafikan haknya seterang-terangnya. Usah bermimpi untuk muncul di tv. Apa yang buruk semuanya dari pembangkang. Apa yang baik semuanya UMNO.

Inikah kebebasan media kita yang diamalkan?. Inikah yang diagung-agungkan? Inikah yang kita sanjung-sanjungkan? Sebagaimana dalam posting yg lepas, saya suka membandingkan kebebasan media negara lain, mereka lebih bersifat terbuka dimana media boleh menunjukan kedua-dua belah pihak berkempen tidak kira apa jua manifesto yang dibawa.

Jelasnya, kerajaan UMNO masih belum matang berpolitik. Isu-isu agama sering dipermainkan oleh mereka, lebih-lebih lagi kalau ianya dari pembangkang. Apa yang pembangkang buat semuanya tidak kena, walaupun buktinya jelas kelihatan.

Kenapa terlalu pengecut?
Jika benar BN adalah ‘ayam jantan’ kenapa tidak parti lawan dibenarkan berhujah sama di media perdana. Tiada makna jika bertempur dengan pihak lawan yang tidak bersenjata. Jika berani turun lah padang sama-sama berdebat depan rakyat jelata.. Bukanya bertempur dengan pihak lawan yang sedang ‘terikat’.

 

untitled.gif
Advertisements