ALHAMDULILLAH..

Janji Allah telah tiba,
Doa para alim ulama, tok-tok guru, ustaz-ustaz, malahan rakyat marhaen telah Allah kabulkan..

Barisan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) berjaya menumbangkan BN di lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. PAS, PKR dan DAP juga hampir menyapu bersih semua kerusi parlimen Kuala Lumpur.

Manakala bagi Kelantan..
Sejarah manis 1990 bagaikan membadai semula.
Ianya terbukti apabila UMNO hanya mengekalkan enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua kerusi parlimen.
Enam kerusi terbabit iaitu Kok Lanas, Paloh, Pengkalan Kubur, Bukit Bunga, Nenggiri dan Kuala Balah.
Manakala bagi kerusi parlimen yang tinggal bagaikan batu nisan
(Gua Musang & Jeli ).

TAKBIIR…

Advertisements