Terima kasih orang kelantan
terima kasih adik kakak pokteh mokteh
yang telah mengundi bulan purnama
dan terus mengundi bulan purnama
hingga cahayanya terang
menerangi seluruh tanah serendah sekebun bunga

hingga cahayanya
melimpah ke seluruh pelusuk bumi
menyebabkan mamak bendahara
di penjara mahligai putrajaya itu
tak pernah nyenyak tidurnya
memikirkan bagaimana lagi
rakyat negara ini boleh diperbodohkan
supaya tidak nampak cahaya purnama
yang terang benderang itu

Sepuluh tahun dahulu mereka berkata
“Kelantan kembali ke zaman gelap”
Kini sepuluh tahun telah berlalu
Siapakah sebenarnya masih dalam kegelapan

Terima kasih orang kelantan
Terima kasih adik kakak pokcik mokcik
anda sekalian telah berbakti kepada umat Islam
seluruh malaysia seluruh dunia
memungkin kan sebuah model pentadbiran Islam
dilahirkan di tengah-tengah
kemeriahan sekular segelobal
di tengah-tengah tekanan dan halangan
dari mereka yang menguasai keuangan
menguasai ekonomi menguasai media
dan kalaulah ini bukan suatu kebijaksanaan
kepimpinan dan pentadbiran ulamak
tolonglah tuan-tuan dan puan-puan berikan jawabnya..
mengapa kerajaan pas di serambi mekah ini
tidak tumbang setelah setahun menerajui pentadbiran
seperti yang mereka jangkakan dulu

Terima kasih adik kakak pokteh mokteh
Terima kasih anak-anak muda sekalian
Yang pandai memilih
Terima kasih
Terima kasih orang kelantan
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih…

SAJAK OLEH..DINSMAN

Advertisements