ASSALAMUALAIKUM

16 Mac 2008, genaplah seminggu keputusan PRU 12 diketahui. Pelbagai cerita positif & negatif kian mewarnai pasca pilihanraya. Tidak ketinggalan juga suasana gawat ekoran perlantikan MB yang masih berlaku di beberapa buah negeri. Termasuk negeri yang diperintah oleh UMNO. Ya, kenapa hanya nampak Selangor, Perak & P. Pinang sahaja? Apakah kerana ianya ditadbir pembangkang? Lupakah pada Perlis dan Terengganu, negeri UMNO yang juga bermasalah dalam melantik MB. Ianya jelas menjadi tanda tanya kepada semua pihak apa sudah jadi dengan MB yang sedia ada?

Apa pun saya menjunjung kasih kepada semua Duli-Duli Tuanku Al Sultan, atas keberanian untuk menentukan siapakah calon MB yang sesuai untuk menerajui negeri masing-masing. Ini adalah satu suasana baru yang belum pernah kita rasai & alami. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

MEDIA, CUKUPLAH!

Namun begitu, apa yang menyedihkan pula peranan media arus perdana yang pernah serik-serik menipu rakyat dengan berita yang sengaja disensasikan. Khasnya apabila melibatkan negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Media cuba menimbulkan suasana seolah-olah kelam kabut dengan tujuan menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kemarahan rakyat melalui isu perkauman yang sengaja dicetuskan.

Hairan juga, sedangkan masa UMNO memerintah sesebuah negeri, tiada pula tunjuk perasaan seumpama itu atas apa-apa isu sekalipun. Kalaupun ada tentunya awal-awal lagi digempur pihak polis. Persoalannya, apakah ianya benar-benar suara rakyat? atau cuma suara segolongan pihak tertentu yang telah diupah oleh mereka yang kecewa kerana tewas?

MELAYU

Melayu yang makin layu?? Percayalah sekiranya kroni diutamakan, rakyat yang miskin akan terus miskin malah yang kaya ialah dua tiga kerat pemimpin UMNO sendiri. Buktinya di Terengganu, royalti petroleum saja 1.8 billion, tetapi mengapa rakyat masih berada di tempat ke 3 dalam carta kemiskinan di Malaysia? Bayangkan…hutang kerajaan UMNO Terengganu sahaja beratus-ratus juta?

Di Pulau Pinang pula, melayu hidup melarat dengan rumah usang di tepi gerigi air dengan pandangan yang cukup menyedihkan. Solanya, siapa yang memerintah Pulau Pinang pada masa itu? Di mana pemimpin UMNO Melayu Pulau Pinang yang lantang memperjuangka isu melayu? Di mana jaguh keris telanjang?

Mengapa tidak buat demonstrasi secara besar-besaran? Jelas lah semua ini hanya lakonan kerana UMNO takut mereka akan semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di seluruh Malaysia. Kepada menteri dan pihak pengurusan media di Malaysia, insaflah dan takutlah kepada Allah. Sedarlah dengan amaran rakyat dengan mengalahkan menteri Penerangan merupakan satu petanda protes kepada media yang teruk dan bobrok. Ubahlah pendekatan yang lebih terbuka sebagaimana media di negara maju yang betul-betul mengamalkan media yang bebas. Usah jadi katak di bawah tempurung yang masih menggunakan taktik lama, kotor dan berpihak sedangkan sekarang ini penyebaran maklumat berlaku dengan pantas dan tepat.

poster_pasca_pru_awas_media.jpg

Kepada yang lain, redhalah dengan keputusan PRU 12, sekarang ialah masa untuk menunaikan janji yang diwar-warkan dalam manifesto yang digariskan oleh parti masing-masing. Rakyat sedang menunggu dan memerhati sekaligus akan merekod segala tindakan untuk memenuhi janji manifesto. Andainya tiada apa-apa tindakan atau tindakan itu gagal melepasi tahap 60 – 80 % tertunai sebagaimana janji manifesto maka tunggulah pula hukuman rakyat pada PRU 13 nanti.

RAKYAT AKAN KEMBALI MENGHUKUM

Rakyat kini kian cerdik. Zaman men’gula-gula’kan rakyat telahpun lama berlalu. Hukuman rakyat tidak akan memilih bulu, sesiapa yang benar dalam janji mereka akan diberikan kepercayaan semula tetapi bagi yang menipu akan di tolak. Jadi, jangan leka samada menang atau kalah, kerja perlu dimulakan dengan menggariskan semula perkara yang hendak dilaksanakan sebagaimana manifesto yang diwar-warkan.

Akhir kata juga sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada Pemangku Sultan Perak dan Raja Puan Perak di atas kelahiran putera sulung mereka. Semoga kelahiran putera baginda akan membawa sinar keberkatan dan kegembiraan kepada seluruh lapisan kerabat Diraja Perak dan rakyat jelata amnya.

Akhirnya, selamat menjalankan tugas buat semua YB-YB. Selamat menunaikan janji masing-masing. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di mahkamah rakyat untuk tempoh 4-5 tahun akan datang dan tentunya juga di Mahkamah Allah di hari akhirat nanti. Sekian, wassalam

p/s : ISA – Satu kezaliman. Bebaskan mereka atau bicarakan di mahkamah terbuka.

Advertisements