ASSALAMUALAIKUM.. Salam kemenangan buat semua pejuang..

Syukur… memang patutlah UMNO dikalahkan dalam PRU12 baru-baru ini..
Kenapa saya berkata sedemikian?

AYUH..KITA CIPTA SLOGAN LAGI

Kerana semua tindakan mereka di lihat satu tindakan ke belakang dan ketinggalan zaman. Bukalah minda anda dan perhatikan, di saat mereka berkuasa sejak 50 tahun yang lalu, hanya slogan demi slogan yang berkumandang. Pelbagai jenis, dan ianya cukup mengelirukan rakyat khasnya orang melayu. Bermula dengan tradisi membela bangsa, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Bersih, Cekap dan Amanah, Islam Hadhari dan terakhir sekali ialah selamat, aman dan makmur. Sedarlah semuanya hanya tinggal slogan, tidak ke mana-mana malah dari segi hasilnya semakin teruk.

Cuba kita lihat komposisi penduduk melayu dalam tanahair, diawal kemerdekaan hampir 90% penduduk negara adalah Melayu, namun setelah 50 tahun hanya tinggal 40-50% sahaja! Apa yang sudah jadi? Kes murtad pula, rekod di awal kemerdekaan menunjukkan tidak lebih 10 orang yang murtad, tapi sekarang setelah 50 tahun UMNO men’jajah’ negara, diberitakan tidak kurang dari 250 ribu yang di kesan murtad. Sesuatu yang amat menggerunkan!

APA YG DIBUAT SELAMA INI

Mereka berjuang? berjuang apa kalau tanahair sendiri mahu digadai! Kalau dulu, hanya Singapura yang kita lepaskan kepada bangsa asing atas nama kemerdekaan, sekarang pula sebahagian tanah Johor pula kita gadaikan kepada warga asing melalui Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Semuanya kini kian berkecamuk. DEB dikatakan masih gagal, Islam Hadhari pula nampaknya entah ke mana, maksiat berleluasa dibiarkan, tetapi alim ulama yang mengajar agama di tangkap dan di denda. Setiap program besar pula tidak lengkap, kalau tidak disertakan dengan nyanyian yang melalaikan.

Dimanakah keselamatan & keamanan yang dilaungkan dalam slogan? Rakyat dalam ketakutan, anak-anak tidak bebas bermain di luar rumah, indeks jenayah semakin meningkat. Amankah negara kita? Hak rakyat untuk berhimpun, mendapat kebebasan media dinafikan sewenang-wenangnya. Lebih memeritkan lagi, akta ‘jakun’ ISA, AUKU masih bebas digunakan.

NEGARA KITA AMAN?

Memang negara kita aman, tapi hanya untuk golongan perasuah, perompak wang rakyat, pencacai-pencacai, penjilat-penjilat serta pengampu kepada pemerintah. Makmur? memang negara kita makmur, tapi kemakmuran itu lebih bermakna apabila keuntungan dari khazanah negara dikaut oleh kroni-kroni dan anak-beranak. Sedangkan kita hanya melopong mulut bak pengemis dan mengikat perut berdepan dengan kenaikan harga barang yang kian mendesak. Rakyatlah yang sepatutnya merasai hasil dari kemakmuran negara ini, tapi dinafikan mentah-mentah dengan mengenakan pelbagai cukai, tol, dan bayaran-bayaran yang mengarut atas alasan pembangunan.

Alhamdulillah, apabila keputusan PRU12 diumumkan, barulah mereka sedar bahawa selama ini mereka hanya pakar dalam mencipta slogan kosong. Arakian itu, mulalah mereka bertempik, berdemo laksana beruk-beruk dijalan raya (pinjam kata-kata menantu PM) di Pulau Pinang supaya DEB diteruskan. Adilkah kalau hanya seminggu BA mentadbir negeri, kita disoal itu & ini.

Walhal najis yang mereka tinggal, terpaksa kita juga yang mencucinya.

PM pula yang sedang lena di ibunegara pula, cuba berselindung dengan menegaskan bahawa beliau cukup faham dengan isyarat rakyat yang menolak BN kerana meminta pengagihan yang adil kepada semua kaum, lebih tegas dalam tindakan, mengurangkan kadar jenayah dll. Sebenarnya saya rasa Pak Lah tidak faham satu tuntutan dari rakyat yang terpenting dari semua, iaitu :

UNDURLAH KERANA MEMANG ANDA TAK LAYAK JADI PM!!

Advertisements