ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN..

“Beginilah nasib diriku yang malang..
ohh tuhan..
tak boleh bersenang lenang”

Malang sekali nasib PM, Paklah tersayang kepalanya pening, benaknya berkecamuk, mindanya buntu. Kalau dulu, semasa penamaan calon di negeri Kelantan, sudah ada 2 calon BN yang ingkar, menolak atau mungkin juga di istilahkan sebagai menderhaka, kini 2 timbalan menteri pula yang menolak perlantikan ke dalam kabinet barunya. Alangkah teganya mereka.

Ini menunjukkan PM sudah hilang taringnya, di mana wakil rakyatnya sendiri sudah berani untuk menidakkan setiap kata-kata Paklah. Di mana maruah Paklah? Kabinet baru PM dilihat cukup bermasalah. Semua orang Najib di ‘pancung’ tanpa kompromi lagi. Perlantikan Datuk Zaid hanyalah sekadar mengimbangi kekuatan Najib di Kelantan. Ianya umpama ‘membunuh’ UMNO Kelantan hidup-hidup. Datuk Zaid ialah satu-satunya peguam & makhluk berkaki dua yang berani menyaman hukum tuhan (HUDUD).

Jadi apalah yang sangat dibanggakan dengan peguam yang seumpama ini. Mampukah dia meneruskan agenda Hadhari Pak Lah bergandingan bahu bersama Ustazah Hadhari yang dilantik semula?

Sementara itu, Dato Muhamad Taib pula seolah-olah mengisytiharkan masa bulan madu & tidur Pak Lah & Jeane sudah berakhir. Kerana menurutnya, PM perlu diprogramkan supaya banyak turun berjumpa dengan rakyat dan mendengar sendiri masalah rakyat berbanding sebelum ini. Wajar sekali PM menumpukan kepada masalah dalam negara dan usahlah lagi ke luar negara sesuka hati!

Saya optimis akan timbul banyak lagi pergolakan dalaman hasil dari pengumuman kabinet semalam. Lihat sahaja kekeruhan di wajah Najib dan suaranya lemah semasa melontarkan komen. Ianya mengingatkan kita kepada wajah ‘bakal MB Kelantan’ dari Bachok yang memberikan komen kepada wartawan di malam kemenangan besar PAS Kelantan baru-baru ini.

Najib mungkin berduka ekoran penyokong kuatnya semuanya telah dicantas tanpa bersisa lagi. Yang tinggal hanyalah pendekar pondan lagi longlai si Hisyamuddin yang sering menghunuskan keris telanjangnya. Kesian-kesian. Apapun dengan pengumuman kabinet baru ini di lihat semakin membenarkan kata-kata Anwar Ibrahim :- Jalan ke Putrajaya Semakin Hampir!

Rakyat juga tidak sabar-sabar untuk melihat arus perubahan ini. Jika Barisan Rakyat betul-betul dapat menumbangkan BN dan memerintah Malaysia maka satu lagi sejarah akan terlakar di saat negara akan memasuki fasa 50 tahun kedua. Ayuh..teruskan keunggulan pentadbiran bersama dengan BR bukan lagi BN.

Pada masa itu, kita akan mengingati sejarah UMNO dan BN di muzium-muzium seluruh negara. Semuanya hanya tinggal kenangan. Mudah mudahan. InsyaAllah.

SALAM MAULIDURRASUL 1429

maulidurrasul.jpg

 

Advertisements