ASSALAMUALAIKUM..

TERBUKTI kini, penulis blog atau ‘blogger’ memainkan peranan yang amat besar dalam memberi maklumat yang tidak disiarkan oleh media arus perdana. Tindakan kerajaan yang mengawal media seperti tv, radio & akhbar ternyata memakan diri sendiri. Media tersebut tidak ubah seumpama ‘penjilat buntut’ kerajaan, menafikan apa sahaja dari pembangkang walaupun ianya benar. Pembangkang dilihat serba tidak kena, semua yang jahat & salah :- dari pembangkang. Hanya kerajaan yang betul lagi ‘maha membetulkan’.

Blog menyajikan apa saja maklumat. Konsep dunia tanpa sempadan melalui internet telah menjadikan maklumat lebih mudah diperoleh oleh sesiapa jua. Demikian halnya, apa jua penyalahgunaan oleh penjawat awam, pegawai kerajaan, dato’-dato’, vip-vip, menteri-menteri, malah perdana menteri sekalipun boleh didedahkan segera dalam internet.

Contoh yang jelas ialah, pendedahan oleh bloggers mengenai komisen hampir RM500 juta pembelian jet Sukhoi, penyewaan jet peribadi, pembelian bot mewah di Turki, rumah RM60 juta di Australia dan lain-lain yang tidak sanggup didedahkan oleh media arus perdana. Sedangkan maklumat seumpama ini perlu sampai kepada rakyat.

Dan jangan lupa pula, blog juga penyumbang kepada keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Pelbagai analisis yang dibuat memandangan kekalahan mengejut Parti Barisan Nasional di 4 negeri dan gagal menawan Kelantan. Salah satu pendapat yang diberikan adalah pengaruh blog dalam memberi maklumat. Malah, dalam akhbar baru-baru ini, PM sendiri mengakui bahawa silapnya kerajaan kerana terlalu memandang remeh terhadap keaktifan blog dewasa ini.

Umum mengetahui, ramai rakyat Malaysia celik IT dan boleh dikatakan banyak rumah sudah memiliki talian internet dan pertumbuhan Cyber Cafe memudahkan lagi rakyat mengakses ke internet. Ditambah pula media masa yang mempromosi parti memerintah dengan agak keterlaluan menyebabkan rakyat lebih percaya kepada informasi dari internet terutamanya blog. Menurut pemerhatian saya juga, blog-blog yang menyokong Barisan Alternatif / Barisan rakyat lebih banyak berbanding blog-blog atau laman web yang menyokong Barisan Nasional.

Dengan itu bolehlah dibuktikan pilihanraya pada kali ini menunjukan bertapa kuasanya blog dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi seseorang.

Kalau tidak, takkan Bekas MB Selangor sanggup pula berblog. Beliau yang dahulunya asyik robohkan bukit dan robohkan rumah rakyat serta sensasi dengan hadiah penyapunya kini aktif pula berblog. Sungguh melucukan. πŸ™‚ Sila lawati blog beliau :- http://www.drkhir.blogspot.com/

Khabarnya juga, Shahidan Kasim juga akan membina blog sendiri. Macamana pula dengan Deris Jusoh? πŸ™‚

Wallahua’lam

 

toyo.jpg
Advertisements