Salam perjuangan ,

Keputusan rakyat untuk menolak majoriti 2/3 UMNO-BN dalam PRU 12 baru ini nampaknya belum memadai untuk memberikan pengajaran dan menginsafkan pemimpin mereka. Slogan tradisi membela rakyat nampaknya sudah boleh dimuziumkan. Pemimpin UMNO seolah-olah hilang arah tuju perjuangan sehingga sekali lagi memejamkan mata untuk terus menzalimi rakyat yang memilih pembangkang sebagai pemimpin mereka. Paklah gagal mendidik Azalina supaya mencontohi beliau yang tidak menganaktirikan Kelantan walaupun dibawah pemerintahan PAS. Dengan tindakan dan kenyataan angkuh menteri berkenaan mengisytiharkan memutuskan segala MOU pelancongan yang telah dibuat sebelum ini bagi 5 negeri di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Haprak punya menteri. Tak sedarkah bahawa dia menteri bagi kerajaan Malaysia maka apalah dosa bagi negeri di bawah pentadbiran PR ?

Ini di sokong dengan kenyataan Kuli tentang faktor kekalahan UMNO dalam PRU lalu. Keangkuhan, hilang jatidiri melayu pemimpin UMNO dan serangan yang keterlaluan kepada PAS khasnya TG Nik Aziz MB Kelantan. Semuanya ini mengesahkan lagi tabiat kezaliman yang diamalkan oleh UMNO bukan hanya kepada parti lawan dan penyokongnya sendiri malah kepada rakyat yang mahukan perubahan yang total dalam Kerajaan Malaysia. Yidak hairanlah kalau Kuli mengibaratkan UMNO umpama kapal pecah yang kehilangan nakhoda dan sedang menunggu masa untuk karam.

p/s : Teringin juga nok tengok ore Kelate jadi PM 🙂

Advertisements