Salam Perjuangan,

Terima kasih kerana Menteri Penerangan sudi menyiarkan secara langsung sidang Parlimen bermula 30 april dari jam 10 pagi selama 30 minit. Bagi saya ini merupakan satu kejayaan rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang lebih terbuka dan sedia menjawab. Namun kalau nak dibandingkan masa penyiaran persidangan agung UMNO jauh lebih lama. Oleh itu, saya berharap agar Menteri Penerangan dapat mengkaji semula untuk menambah masa iaitu 30 minit lagi tambahan di waktu petang dan 30 minit lagi siaran tertunda/rakaman di waktu malam. Cadangan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua golongan menyaksikan wakil rakyat mereka berbahas secara langsung di dalam Parlimen. Jam 10 pagi adalah waktu kerja bagi setengah golongan dan mungkin mereka akan terlepas siaran tersebut. Saya juga berharap agar pihak kerajaan akan lebih jelas tujuannya dalam isu penyiaran sidang parlimen iaitu meningkatkan prestasi wakil-wakil rakyat dan mutu perbahasannya dan bukan melihat tujuan yang sebaliknya. Janganlah meletakkan halangan mendahului kepentingan dan keperluan untuk mengadakan siaran langsung tersebut. Selain itu, diharapkan juga menteri penerangan yang baru ini akan membuka ruang media yang lebih luas kepada pemimpin kerajaan pakatan rakyat untuk diberikan liputan yang adil oleh wartawan dan tv di Malaysia.

Jangan jadi seperti setengah menteri yang tidak dapat menerima hakikat kehendak rakyat iaitu dengan memutuskan MOU yang telah di buat, mewujudkan kerajaan kedua bagi negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan lain-lain tindakan yang tidak demokratik. Dalam suasana ini sepatutnya Paklah dapat menegur menteri yang berfikiran sempit ini dari terus melakukannya kerana rakyat telah memberikan isyarat yang jelas kepada paklah supaya bersikap lebih adil,beramanah dan berkebajikan. Jika tiada perubahan kepada sikap menteri dan kerajaan Malaysia khususnya dari segi mengiktiraf kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat maka tunggulah masa akan sampai rakyat akan sekali lagi menolak UMNO dan BN secara total. Berubahlah sebelum rakyat merubah kamu wahai pemimpin yang ego.

p/s : Azalina belum terbukti kejantanannya dalam medan PRU…..

Advertisements