Salam perjuangan

Saya menerima SMS dari orang Selangor yang tak faham dengan isu babi ini dengan menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Di Selangor belum menunaikan janji dalam manifesto pru12 tetapi telah melaksanakan penternakan babi yang tiada dalam manifesto.  Saya terpikir inilah kekuatan media.  Siapa yang menguasai media maka dengan mudah boleh mempengaruhi rakyat yang kurang celik IT dengan pelbagai cerita yang sengaja diada-adakan.  Inilah amalan JAKUN Kerajaan Malaysia dari dulu hingga kini walaupun berapa orang Menteri Penerangan telah bertukar. Kebebasan media disekat kerana bimbangkan apabila rakyat tahu cerita sebenar maka rakyat akan dapat menilai siapa sebenarnya pejuang tulin dan siapa sebenarnya pejuang yang palsu.

Menyentuh tentang isu BABI, sekurang-kurangnya kita telah mendapat tahu angka sebenar babi di Selangor.  Dimaklumkan bahawa terdapat 500,000 ekor babi sedangkan keperluannya hanya 250,000 ekor.  Bagaimana Kerajaan Selangor dulu buat kerja ?  Begitu juga apabila isu BABI di Melaka terbongkar, maka rakyat dapat tahu bahawa terdapat jumlah BABI yang besar di Melaka malah menjadi pengeksport kepada negara Singapura dll. Entah-entah lebih ramai jumlah BABI dari jumlah penduduk negeri Melaka.  Mengapa kerajaan negeri Melaka tidak berani bertindak walaupun jelas mendapat bantahan penduduk Melayu ? Malah penternak babi lebih dilayan mesra oleh FRU walaupun di lempar dengan najis babi, berbanding muntahan peluru hidup di perhimpunan aman rakyat terengganu baru-baru ini.  Isu BABI sebenarnya telah membuka banyak rahsia yang sebelum ini ditutup rapat oleh media demi menyelamatkan beberapa kerat pimpinan yang korup dan tidak bertanggungjawab.

Kepada rakyat yang masih buta lagi tentang isu babi ini, janganlah hanya mendapat maklumat dari akhbar arus perdana dan tv sahaja. Cari juga pandangan dan penjelasan dari pihak pakatan rakyat melalui blog dan media rasmi dan pro pakatan rakyat iaitu harakahdaily, klpos, siasah dll.  Selepas meneliti dua-dua pihak yang memberikan penjelasan maka bolehlah berbuat keputusan dengan akal yang waras dan fikiran yang terbuka siapa yang betul dan siapa yang salah dalam isu BABI di Selangor… dan dapatkan juga jawapan bagaimana kesudahan isu BABI di negeri Melaka ????

 

p/s : kegagalan mengurus babi adalah bukti terbaru kegagalan pemerintahan umno dulu

Advertisements