ASSALAMUALAIKUM..

“Sufiah oh Sufiah..
Apakah salah ibu mengandung atau bapa yg mendidik?”

Siapakah yang tidak mahu jika anaknya cerdik dan IQ luar biasa?. Kita tentunya maklum bahawa mereka yg cerdik tentunya dapat menjamin masa depan yang cerah dan terjamin. Namun siapa sangka, ianya berlainan sekali dengan kisah Sufiah ini. Cukup mengerikan. Mengejutkan. Menzahirkan satu pengajaran bahawa sejauh mana atau setinggi mana ilmu yang kita tuai tetapi jika tanpa bekalan agama yang secukupnya maka akan hancurlah segalanya.

Gadis genius, pintar, cerdik. Namun akhirnya terjun ke dunia penuh dosa, noda & kegelapan. Segalanya hancur bak kaca terhempas ke batu.

Secara warasnya, kita tentunya sukar menerimanya. Namun berbeza baginya. Mana mungkin seorang yang mempunyai otak yang begitu genius berubah sedemikian? Dia kini seolah-olah begitu berbangga dengan pekerjaan ‘mulia’nya itu. Persoalannya, apakah beliau seorang yang cukup terdidik agamanya? Dalam ertikata lain, apakah beliau merupakan muslimah dan berpendidikan Islam yang baik? Jika betul kenapa & mengapa beliau memilih jalan penuh dosa dan kehinaan ini.

Alangkah ngerinya. Seorang pelacur berotak genius. Kacukan Melayu & Pakistan. Islam?. Entah laaa.

Khabarnya juga, kerajaan begitu mengada-ngada mahu menolong perempuan itu? Jawatankuasa khas juga akan dibentuk, dipengerusikan pula oleh Ustazah Hadhari. Mencari dana disana-sini. Agak lucu sekali, kalau dulu kerajaan yang bayar pelajaran, tapi kini kita seolah-olah ‘bayar’ pula dia untuk kembali? Sedangkan ramai si genius lain yang tidak di bantu.

Gunakanlah duit rakyat tu untuk bantu anak-anak miskin kat kampung untuk bersekolah. Lainlah kalu ada yang berminat nak jadi pelanggan dia. 🙂

Siapakah yang patut dipersalahkan? Keluarga? Rakan-rakan? jiran-jiran? Sistem pendidikan negara? Atau tekanan hidup di bandar? Amat sayang sekali, kalau dulu kita bangga dengannya. Orang sebegini merupakan aset negara yang perlu dijaga rapi. Namun, lain pula jadinya. Banggakah kita dengan kejayaan negara kalau kita masih belum mampu membangun jati diri dan modal insan yang sejati.

Soalnya kini, apakah sumbangan kerajaan, masyarakat & kita sendiri dalam memastikan orang “luar biasa” sebegini terus berada dalam landasannya? Kita tentunya tidak mahu kisah seorang anak kecil yang pintar Matematik & mungkin orang-orang lain lagi juga berakhir sebegini (NAUZUBILLAH).

Sufiah…pulanglah ke pangkal jalan. Hentikanlah pekerjaan terkutuk ini.

Advertisements