SALAM PERJUANGAN..

Alhamdulillah, tanggal 26 April saya telah di minta untuk membuat sedikit pengisian kepada pimpinan pelajar MPI . Tajuk yang diberikan ialah memantap dan mengurus organisasi. Saya bukanlah orang yang paling mahir dalam berorganisasi tetapi berdasarkan sekelumit pengalaman yang saya ada samada di kampus atau di dalam parti maka saya gagahi jua diri yang kerdil ini untuk memenuhi jemputan tersebut.

Di hadapan seramai 180 orang pelajar yang terdiri dari pengawas, badan dakwah dan badan pustaka, saya menyatakan bahawa saya hanya ingin berkongsi pengalaman. Apa yang saya telah ceritakan kepada mereka bagaimana untuk mengurus organisasi ialah seperti berikut :

1) Perlu adanya VISI dan MISI yang jelas bagi setiap organisasi yang dianggotai.
2) Perlu adanya matlamat yang digariskan untuk dicapai. Matlamat ini penting untuk menyusun gerakkerja yang seterusnya.
3) Perlu adanya satu saff organisasi yang tersusun bagi membolehkan apa yang telah digariskan dapat dicapai melalui saff organisasi yang dibentuk.
4) Perlu adanya penilaian dan semakan yg berterusan terhadap matlamat yang digariskan samada tercapai atau tidak.
5) Untuk memantapkan organisasi pula, seharusnya semua anggota memahami bidang tugas masing-masing. Kefahaman tersebut akan membantu sesebuah organisasi menjadi mantap kerana selain setiap anggota sudah mengetahui skop tugas yang perlu dilaksanakan ianya juga akan menjadikan anggota organisasi melaksanakan tanggungjawab dengan pengawasan paling minima.
6) Setiap anggota organisasi perlulah di beri latihan yang berterusan samada secara langsung atau tidak langsung. Setiap program yang dianjurkan oleh organisasi sewajibnya anggota menghadiri kerana di situlah pembentukan diri dan kefahaman akan di bina.
7) Setiap anggota organisasi juga perlu mempunyai kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran hidup ini. Kekuatan dalaman pula boleh di bina melalui amalan yang istiqamah. Amalan yang saya maksudkan ialah doa, zikir, dan membaca quran. Semua amalan di atas akan dapat memperkuatkan hati kita untuk menjadi seorang muslim yang sejati dan seterusnya dapat menghadapi apa jua cabaran duniawi.

Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini. Diharapkan dapat dimanafaatkan oleh semua yang melawat laman ini.

Advertisements