Salam perjuangan,

28 April 2008, mencipta sejarahnya sendiri di mana acara mengangkat sumpah ahli sidang DUN Kelantan dan sidang Parlimen masing-masing berjalan serentak. DUN Kelantan yang tetap unggul dipertahankan oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti 2/3 yang menyaksikan kesemua pemuka utama pembangkang tewas atau tidak bertanding kecuali YB Nozula yang terkenal dengan aksi ganas sepak terajangnya. Sidang Parlimen pula masih dikuasai BN dengan majoriti mudah apabila gelombang tsunami politik yang tidak di jangka telah melanda di 4 negeri lagi. Apa yang membezakan ialah siaran untuk memberitahu bahawa wakil rakyat kita sedang membahaskan isu apa. Sidang DUN Kelantan dipancarkan ke seluruh dunia melalui teknologi internet tanpa tapisan selama mana sidang berlansung manakala sidang parlimen akan ditayangkan untuk tontonan rakyat malaysia sahaja melalui siaran langsung TV selama 30 minit. Kalau di lihat dari sudut inipun sepatutnya rakyat sedar kerajaan mana yang benar-benar telus dan bertanggungjawab serta berani.

Saya masih menaruh harapan yang tinggi kepada menteri penerangan yang baru supaya dapat melanjutkan lagi tempoh siaran langsung ataupun diadakan siaran tertunda disebelah malam. Aura perbahasan nampaknya lebih dirasai di parlimen berbanding dengan aura perbahasan di DUN Kelantan kerana pembangkang di Kelantan kerana tokoh-tokoh utama pembangkang pada penggal lepas seperti Datuk Anuar Musa, Dato’ Mustapha Mohd tiada. Mereka yang masih berada di dalam DUN adalah dikalangan yang tidak berwibawa kecuali ketua pembangkang baru merangkap setiausaha politik kepada YAB PM iaitu YB Hj Alwi yang bertanding di kerusi Kok Lanas menggantikan Bosnya Datuk Anuar Musa. Sidang DUN Kelantan akan tamat hari ini manakala sidang parlimen pula pada 27 mei 2008. Sama-samalah kita saksikan keadaan sidang parlimen bermula hari ini kerana bagi saya sidang DUN Kelantan suasana tidaklah sehebat penggal yang lepas. Dengan kemasukan ramai tokoh-tokoh terkemuka di kalangan Pakatan Rakyat tentunya akan menggegarkan Dewan Rakyat. Pastinya pihak kerajaan tidak akan memandang remeh dengan suasana ini. Seronoknya apabila dapat melihat suasana ini secara live.

p/s : Masih mencari masa yang sesuai untuk ke sidang parlimen.

Advertisements