Salam perjuangan,

Ibu.. ibu… engkaulah ratu hati ku… Lagu di atas menguatkan semangatku untuk mengurus seorang ibu yang memasuki usia 65 tahun. Ibu yang telah bersusah payah membesarkan ku sehingga aku mampu menjadi seorang insan yang memiliki segalanya. Aku sering dihantui dengan ungkapan yang menjadi bualan ramai kekawan bahawa ibu seorang mampu untuk menjaga seramai mana anakpun tetapi belum tentu anak yang ramai mampu untuk menjaga seorang ibu. Memang aku sedang berhadapan dengan zaman kesukaran itu. Aku hanya mampu berharap agar Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada ku untuk terus menyempurnakan tugas ku sebagai seorang anak yang mampu berkhidmat kepada ibu yang telah melepasi 3 tahun umur subsidi. Bercakap tentang karenah orang tua, memang semua itu telah lali dalam kamus hidupku.

Alhamdulillah pertukaran majikan nampaknya memberikan peluang kepada ku untuk mengurus ibu di awal pagi dengan semampu yang boleh. Apa pun karenah yang ibu lakukan semuanya itu tidak melunturkan semangatku untuk mengurus ibu sebaik mungkin. Namun kadangkala tidak dapat dinafikan ada timbulnya perasaan yang negatif terhadap ibu. Semua pengalaman pahit manis itu terpaksa ku telan dengan rela hati.

Dalam suasana Kesibukan mengurus ibu dan juga suasana pekerjaan yang baru bagi ku,menyebabkan aku rasa kurang mood untuk mengupdatekan laman blog ku. Idea untuk menulis juga tidak hadir seperti biasa. Namun aku berterima kasih kepada semua pengunjung yang tetap menyilau kelih blog ini biar pun tidak ada artikel yang baru sejak 2 mei lagi.

Akhirnya aku memohon taufik hidayah serta kekuatan dari Allah,moga aku mampu mengurus ibu sebaik mungkin dengan harapan aku akan termasuk dalam golongan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Amin…

p/s : Ya Allah berikan aku syurga yang berada di bawah tapak kaki ibu….

Advertisements