Salam perjuangan

Saya kira belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat Hari Guru 2008.  Jasa guru memang tidak terbalas hanya doa saja yang mampu diberikan semoga semua guru diberkati Allah dalam kehidupan.  Apa yang paling penting ialah kejayaan mendidik anak murid bukan hanya diukur dengan kejayaan mendapat berapa A semata-mata,  Kejayaan yang bermakna kepada guru dan pelajar ialah kejayaan yang cemerlang di dunia serta gemilang di akhirat.  Tiada ertinya jika hanya semata-mata mengeluarkan pelajar yang dapat banyak A tetapi failed dari segi akhlak dan sahsiah.

Apa pun saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang mampu bersabar dan penuh komitmen mendidik generasi pelapis negara untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun pada masa depan.

p/s : Guru jasa mu tetap ku kenang.

Advertisements