Salam perjuangan,

Tahniah setinggi-tingginya kepada Soff pimpinan Pakatan Rakyat yang telah berjaya melalui detik-detik 100 hari yang pertama dalam suasana yang tenang dan berjaya pula menunaikan sebahagian dari janji manifesto. Apabila menyebut janji dalam manifesto maka rakyat seharusnya boleh berbuat satu perbandingan yang jelas di antara tindakan kerajaan pakatan rakyat dengan tindakan kerajaan BN. Dalam 100 hari yang pertama ini dikesemua negeri yang dimenangi oleh PR menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan kebajikan supaya dinikmati oleh rakyat terbanyak. Di Pulau Pinang kerajaan PR telah berjaya menaikkan elaun guru Kafa, memperuntukkan 100 ribu untuk memberi makanan secara percuma kepada rakyat miskin. Di Selangor, kerajaan PR telah berjaya memberikan air percuma bagi 20 m3 bernilai rm 11.40, memperuntukkan untuk 10 juta untuk 10 ribu orang anak selangor yang berjaya menjejaki kaki ke IPT. Di negeri Kedah pula kerajaan telah berjaya menurunkan cukai tanah.

Sebaliknya berbeza dengan pendekatan yang di ambil oleh kerajaan BN di mana setelah memerintah Negara selama 100 hari bermula dengan perbalahan dengan pihak Istana untuk melantik MB, tuduh menuduh di antara sesama sendiri sebagai punca kekalahan, gagal mengemukakan hujah yang kuat bagi mempertahankan kedaulatan batu putih sehingga terlepas kepada Singapura, menaikan harga minyak yang luar biasa, menghapuskan harga syiling bagi barangan simen dan besi, menaikkan tarif letrik. Di mana perginya slogan tradisi membela rakyat sekiranya keadaan yang ada ini berterusan. Walaupun Paklah cuba membersihkan imejnya yang rosak teruk dengan tindakannya memberikan ribet minyak kepada tuan punya kereta 2000cc dan motor 150 cc kebawah, mengembalikan semula royalti minyak kepada Kerajaan negeri Terengganu, memotong elaun yang di terima sebanyak 10 % dll. Namun apakah keadaan ini mampu mengubat keperitan dan kesenggsaraan yang ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga tambang, harga barang dan lain-lain kenaikan lagi. Mengapa BN menaikkan harga minyak dan tarif letrik ??? Adakah semua ini ada dalam manifesto BN untuk PRU 12 ???

Pada masa yang sama, saya ingin memperingatkan kepada semua pemimpin PR supaya kita sama-sama bersyukur dengan anugerah Kemenangan yang besar ini dengan kita sama-sama bermuhasabah dan melaksanakan segala janji-janji PR dalam PRU 12 yang lalu. Semua ketua kerajaan disarankan untuk mengkaji dan mengambil pendekatan yang telah ditunjukkan oleh YAB TG Dato MB Kelantan sewaktu mula-mula memerintah !990. Kita mengharapkan satu tindakan yang berhikmah bukan tindakan yang boleh merosakkan imej PR di pandangan rakyat terbanyak.

Advertisements