Salam perjuangan,

Hari ini saya mendapat berita bahawa Perdana Menteri Thailand telah menerima usul undi tidak percaya dari ahli parlimennya. Saya sendiri tidak tahu apakah sebabnya PM Thai mendapat usul tersebut kerana tidak kedengaran isu yang besar melanda kepimpinan negara tersebut melainkan isu di Selatan Thai yang belum reda. Berbanding dengan isu yang melanda Negara Malaysia yang terlalu kronik bermula dengan isu gejala sosial,rasuah, penyelewengan kuasa, salah guna kuasa dan pelbagai isu dalaman yang melanda parti memerintah maka sepatutnya paklah menerima usul undi tidak percaya lebih awal dari pm thai.

Pengumuman Yong Teck Lee Presiden parti SAPP di Sabah bahawa pati beliau telah hilang kepercayaan kepada PM dan akan menyokong usul undi tidak percaya seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua ahli parlimen. Agak menarik juga kerana pengumuman yang di buat setelah Paklah melawat Sabah dan menafikan isu ini.

Jelas Paklah telah hilang daya sensitiviti terhadap kehendak dan isyarat rakyat. Kedegilan beliau untuk berundur pada masa dan ketika yang tepat malah menambahkan luka yang dihadapi rakyat dengan menaikkan harga minyak tertinggi adalah satu bukti ketamakan kuasa. Saya mengharapkan usul ini akan benar-benar dibawa dan diluluskan dalam sidang parlimen akan datang iaitu pada 23 Jun 2008 (Isnin).

Jika peralihan kuasa berlaku melalui usul undi tidak percaya maka ianya akan menambahkan lagi koleksi sejarah negara dalam tempoh 50 tahun di persada dunia. Usul undi tidak percaya telah dilakukan pada tahun 1966 di Sarawak, kemudian di Selangor pada tahun 1976 dan terakhir di Kelantan pada tahun 1977.  Semua usul tersebut di terima dan menyebabkan Ketua Menteri atau Menteri Besarnya meletakkan jawatan.

Advertisements