Salam perjuangan,

Malam ini saya berkesempatan menghadiri wacana perdana anjuran UPKN kelantan yang bertajuk 100 hari Pakatan rakyat memerintah. Wacana yang dimoderatorkan oleh YB Ahmad Baihaki itu membariskan ahli panel yang berwibawa iaitu YB Saifudin Nasution, Soibus Samahah Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan YBhg Profesor Dr Ab Aziz Bari Timbalan Dekan Fakulti Undang2 UIA.
Bagi saya, sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya samada secara langsung di dalam dewan Balai Islam mahupun melalui internet hendaklah mendapatkan melalui VCD kerana ianya mengandungi hujah yang bernas mengapa kita perlu memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir negeri dan juga negara.

Kesimpulan mudah yang saya boleh buat ialah perubahan yang ingin dilaksanakan secara total oleh Pakatan Rakyat mestilah melalui gerakan politik yang hebat dan kuat. Manakala kuasa politik yang membolehkan perubahan itu berjalan mengikut manifesto negara berkebajikan hanya boleh dibuat secara totalnya apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara dari BN. Ini bermakna kemelut yang dihadapi samada dari dalaman ataupun luaran hanya akan dapat diatasi dengan perubahan kepimpinan utama negara. Paklah telah menimbulkan kegelisahan kepada ahli parti BN sendiri sehingga menyebabkan BN mengalami kekalahan yang paling teruk sepanjang tempoh PRU diadakan sebanyak 12 kali. Paklah juga telah menambahkan kegelisahan di kalangan rakyat dengan menaikkan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah negara Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Tekanan ini dirasai oleh rakyat berikut kenaikan harga barang dan sekaligus mengecilkan nilai matawang negara. Semua orang mula memfokuskan bahawa Paklah merupakan bebanan yang berat untuk ditanggung oleh parti BN dan rakyat Malaysia. Jika Paklah berundur secara terhormat atau disingkirkan melalui proses usul undi tidak percaya, ramai berpendapat bahawa masalah BN akan dapat diselesaikan dan masalah rakyat juga akan dapat dikurangkan dengan perubahan dasar oleh PM yang baru.

Hari ini YB Nazri Aziz menafikan akan ada usul tidak percaya pada hari Isnin ini ketika sidang parlimen akan mula bersidang kerana tidak menerima notis dari ahli parlimen SAPP atau mana MP. Resam UMNO jika menafikan bererti usul tersebut akan ada. YB Saifudin secara sepontan menyebutkan jika perancangan jalan menuju ke Putrajaya akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan maka ada kemungkinan ianya berlaku lebih cepat dari 16 sept. Ini menurut beliau masih ada beberapa lagi MP yang akan membuat pengisytiharan menjelang persidangan parlimen 23 Jun ini. Sama-samalah kita tunggu dan saksikan kebenarannya. Desas-desus bahawa akan ada MP dari kerajaan yang akan memberi undi jika usul di bawa dan akan ada sebahagian MP yang tidak akan menghadiri sidang parlimen bagi membolehkan PR memenangi undi dengan majoriti apabila usul ini di bawa ke parlimen. Semua itu perlu diteliti dengan berhati-hati kerana menurut Prof Aziz Bari bahawa PR seolah-olah berada jeti untuk menaiki boat menuju ke pulau impian. Jika saat boat tiba tetapi PR gagal untuk mematuhi jadual perjalanan boat tersebut maka untuk menunggu semula jadual boat tersebut akan memakan masa yang agak lama mungkin 5 tahun lagi…Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan Allah untuk membenarkan segala perancangan yang terbaik bagiNya terlaksana.

p/s : Sentiasa Redha dengan ketentuan Ilahi…

Advertisements