KOTA BHARU, 24 Jun – Seramai 400 anak-anak PASTI yang berumur 4-6 tahun daripada 13 negeri akan beraksi dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring di Padang Perdana, Kota Bharu Sabtu ini. Sukaneka tersebut merupakan kali keempat diadakan. Sebelum ini ianya pernah diadakan di negeri Kedah, Johor & Kelantan.

Setiausaha Jabatan PASTI Kelantan, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, PASTI negeri ini sekali lagi diberi kepercayaan & tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran pada tahun ini. “Matlamat penganjurannya bagi merapatkan ukhuwwah selain memberi pendidikan dan pendedahan kepada pelajar bersukan menurut Islam terutama aspek berpakaian menutup aurat,” kata di sini. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, YB Abdul Fattah Mahmood.

Mohamad Nuri juga berkata sebelum itu juga pada hari Jumaat 27 Jun juga akan berlangsung sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2008 bertempat di Dewan Kaloi, Hotel Ridel, Kota Bharu. Ianya akan dirasmikan oleh YB Ustaz Nik Mohd Amar Abdullah, Exco Kerajaan Negeri. Tema Hari Guru PASTI pada kali ini ialah ‘Guru Pendidik Sepanjang Zaman’.

Jumpa anda semua di sana. 🙂

SUMBER BERITA – PASTI Kelantan

Advertisements