Salam perjuangan,

MUQADDIMAH

Alhamdulillah, saya dapat memberikan sedikit masa untuk updated blog selepas posting terakhir. Saya akui untuk menjadi seorang blogers ini memerlukan komitmen yang tinggi. Saya dengan pelbagai amanah yang di pikul ini telah mencuri sedikit sebanyak masa emas saya untuk mengemaskini blog ini setiap hari. Namun sebagaimana tekad saya semasa mula-mula terjun ke alam blogers ini adalah untuk turut serta berkongsi idea dan pandangan terhadap apa jua isu yang sedang berlaku di hadapan kita. Saya merasa terpanggil untuk memberikan pendapat dalam pelbagai isu yang melibatkan PAS pada masa kini dan cabaran masa hadapan.

PAS SEBAGAI ALTERNATIF

PAS adalah sebuah parti dan gerakan Islam yang di lihat boleh menjadi alternatif kepada massa selain UMNO. Rakyat khasnya sebahagian besar orang melayu sudah mula muak dengan segala janji UMNO dan BN sehingga swing yang begitu besar semasa PRU 12 baru ini. Rakyat mula berfikir dengan apa yang dilakukan di Kelantan selama 18 tahun di dalam usaha menjaga kebajikan rakyat, menjaga keharmonian antara kaum dan agama, memacu pembangunan yang seiring dengan dasar membangun bersama Islam, ketelusan pentadbiran yang dibuktikan dengan rekod bersih pemimpin PAS dari tuduhan rasuah dan penyelewengan. Semua perkembangan ini telah membuka mata dan minda rakyat yang telah banyak di momokkan dengan isu-isu negatif semenjak Tok Guru mengambilalih teraju pemmerintahan pada 1990.

bersambung…….

Advertisements