Salam perjuangan.

Hari ini telah menjelaskan segala-galanya serta memberikan sedikit kelegaan di atas keresahan yang melanda ahli parti dan juga rakyat Malaysia amnya. Hari ini adalah hari pembebasan DSAI dengan ikat jamin. Hari ini juga adalah hari yang menegaskan sikap dan pendirian PAS yang sebenarnya berhubung dengan soal gabungan dengan UMNO yang diwar-warkan oleh media. Kenyataan akhbar yang di baca oleh YB Ust Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden di lobi parlimen hari ini membuktikan bahawa PAS tidak pernah lupa kepada sejarah dan Insyaallah tidak akan dipatuk 2 kali pada lubang yang sama.

Saya dan rakan-rakan ajk DPPK Kubang Kerian ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kenyataan yang penuh bermakna dari Presiden dan kami akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Presiden. Kami juga berharap kepada semua ahli PAS supaya melipatgandakan lagi usaha kita untuk meyakinkan rakyat tentang kebenaran perjuangan kita dan sekaligus mengajak rakyat untuk terus bersama PAS dan pakatan rakyat untuk menerajui kepimpinan negara seawal september ini ataupun 2012 nanti.

sekian, terima kasih.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian

Advertisements