Adalah saya MOHAMAD NURI @ NURI BIN MAT YAACOB (No. Kad Pengenalan : 710605-03-5633) beralamat di LOT 2059, KAMPUNG DEWAN BETA, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN sebagai KETUA PEMUDA PAS, Kawasan KUBANG KERIAN, Kelantan dengan ini membuat laporan polis mengenai satu Berita yang dilaporkan oleh Akhbar BERITA HARIAN bertarikh 29hb. Julai 2008 (Selasa) mengenai satu Tawaran daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk RASUAH sebagaimana petikan berita yang dipetik daripada akhbar Berita Harian tersebut sebagaimana berikut:-

1. Berita tersebut menyebut “..Umno Perak semalam mengajak Pas bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil Pas akan terus menjadi Menteri Besar”.

2. Berita tersebut juga ada menyatakan; “Tajol Rosli berkata, Umno Perak sedia membenarkan wakil Pas terus menjadi Menteri Besar; manakala keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan”.

3. Berita tersebut juga ada melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali ada berkata; “…Saya sanggup terima Pas menjadi Menteri Besar dan saya sendiri tidak akan duduk dalam kerajaan negeri…”.

Berdasarkan kepada laporan berita di atas dan kenyataan Tajol Rosli Ghazali tersebut, jelas bahawa terdapat unsur Tawaran Jawatan yang boleh disifatkan sebagai satu RASUAH yang menyalahi AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997.

Saya dengan ini meminta agar pihak polis dapat membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan tersebut.

Sekian laporan saya. Tarikh: 29hb. Julai 2008

Yang Benar,

……………………………………………………….
MOHAMAD NURI @ NURI BIN MAT YAACOB
(NO. K/P : 710605-03-5633)

Advertisements