Salam perjuangan,

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa tarikh pilihanraya kecil permatang pauh telah diputuskan dalam mesyuarat SPR pada hari ini iaitu tarikh pencalonan pada 16 ogos dan tarikh pengundian pada 26 ogos 2008. Walaupun terlalu banyak gossip mengenai kedudukan DSAI samada beliau akan dapat bertanding secara gentlement ataupun di dalam tahanan. Apapun yang pastinya umno tidak akan memberikan laluan mudah. Paklah telah mengumumkan bahawa BN tetap akan bertanding. Ramai melihat pertarungan di permatang pauh ialah di antara maruah dua pemimpin yang di jangka bakal PM akan datang iaitu Datuk Seri Najib dan DSAI. Saya dimaklumkan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi permatang pauh walaupun ada ura-ura PAS akan memboikot PRK tersebut. Namun saya difahamkan bahawa isu tersebut telah diselesaikan dengan baik oleh pimpinan tertinggi PAS pusat. Dewan pemuda pas kubang kerian akan bermesyuarat tidak lama lagi sebagai persiapan ke PRK tersebut.

Di sebalik tumpuan kepada isu PRK Permatang Pauh, Tok Guru MB Kelantan di uji sekali lagi dengan surat layang terhadap perlantikan menantunya di PMBK iaitu sebuah syarikat GLC Kerajaan. Saya percaya tok guru tidak ada masalah sekiranya BPR betul-betul berminat untuk menyiasatnya kerana jaminan Tok Guru ialah BPR dibenarkan menyiasat 25 jam sehari. Apa pun isunya ianya dilihat semacam ada konspirasi untuk menjatuhkan samada tok guru ataupun menantunya ? Semoga Allah membabaskan Kerajaan dan Tok Guru dari cubaan dari pihak yang ingin menjatuhkannya.

Hari ini juga saya sempat menemani YB Ust Ab Latif Ab Rahman ADUN Mengkebang dan juga Naib Ketua DPPNK mengadakan press statement di tingkat 3 blok 1 SUK mengenai isu perbuatan PM melanggar fatwa mufti di Negeri Pulau Pinang, Perlis dan Pahang yang jelas mengatakan bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan akidah agama Islam. Perbuatan PM ini di lihat satu tindakan yang tidak sensitif dengan agama dan perasaan umat Islam. Dewan Pemuda PAS Negeri juga mempersoalkan peranan Dr Hamid Othman sebagai penasihat agama PM dan juga jabatan yang berkaitan yang di lihat gagal memberi nasihat kepada PM sehingga mengulangi semula perbuatan tersebut yang telah mendapat bantahan dari umat Islam setiap tahun. DPPNK mengharapkan PM dan pihak yang bersetuju dengan perbuatan tersebut supaya bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam. Diharapkan peristiwa ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Advertisements