Salam perjuangan,

Malam ini sekali lagi madinatul ilmi menjadi destinasi penginapan rombongan dari Terengganu.  Kali ini giliran pemuda DUN Seberang Takir. Ana, ust Zu dan Sdr Muzani sempat mengadakan sesi taklimat kepada pemuda dun tersebut. Ketua rombongan iaitu Ust Mohd Fadhil Wahab selaku Ketua Pemuda Dun dan juga setiausaha DPPK Kuala Nerus.  Rombongan yang hadir seramai 90 orang tersebut tiba di madinatul ilmi sekitar jam 3.30 petang.  Pagi esok mereka akan solat subuh di Masjid Pulau Melaka untuk bertemu dengan YAB Tok Guru MB Kelantan.  Program bersama UPKN pula akan bermula jam 9 pagi di JKR 10.

Apa yang membanggakan ialah DPPK Kubang Kerian sering mendapat tetamu dari luar mungkin kerana YDP dan Ahli Parlimennya yang cukup masyhur di Malaysia.  Tumpang tuah katakan.  Apa pun mungkin kami juga akan membina hubungan dua hala dengan membuat kunjung balas ke pemuda kawasan Kuala Nerus.

Advertisements