Salam perjuangan,
Kempen pilihanraya kecil permatang pauh dimulakan dengan sumpah oleh anak muda yang mengaku di liwat oleh DSAI secara terpaksa. Majlis bersumpah itu diadakan di Masjid Wilayah dan dirakamkan oleh media perdana. Sehingga kini rakaman itu dimainkan setiap malam untuk mengingatkan rakyat supaya tidak lupa kepada isu liwat. Kemudian diulang tayang pula majlis MOU di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai pendaftaran 20 buah sekolah YIK. Ini pada hemat saya untuk memberitahu umum bahawa PAS sudah mula berbaik dengan UMNO sehingga sanggup mendaftarkan sekolah YIK.
Tinjauan saya semasa proses penamaan calon amat jelas bahawa rakyat tidak termakan dengan isu sumpah Saiful Bahri. Apa yang saya nampak ialah kehinaan yang menimpa petugas BN dengan ejekan oleh petugas PR. Duit yang diikat pada sebatang kayu melambangkan penggunaan duit yang banyak untuk memancing undi rakyat oleh parti BN. Cerita mengenai petugas media yang di pukul oleh penyokong PR tidak pula saya kedengaran namun disiarkan dalam TV hampir setiap malam dengan amaran demi amaran diberikan oleh pihak polis supaya keganasan tidak berterusan tetapi cerita Dato Hishamudin memeluk dan mencium seorang guru besar adalah cerita benar yang disampaikan oleh kawan saya yang menyaksikan dengan matanya sendiri tidak pula disiarkan oleh media perdana.
Gambar Hiasan (Gelagat penyokong UMNO yg ‘melakonkan’ aksi liwat.. alangkah biadapnya mereka)
Di sebalik kebangkitan rakyat ini masih terselit juga keresahan yang melanda hati ini dengan pelbagai isu dalaman yang berbangkit. Diharapkan pimpinan dapat menyelesaikan isu ini dengan baik. Apapun diharapkan proses pengundian PRK Permatang Pauh akan berjalan dengan lancar dan DSAI akan dapat melangkah ke parlimen secepat mungkin sekaligus menakluki Putrajaya menjelang 16 september 2008.
Gambar Hiasan (Satu lagi gelagat biadap puteri UMNO )
Ogo 20, 2008 @ 14:52:42
Manyak susah wooo.
Lepas sumpah Saiful Jambu. Maghi pulok doh 2 Exco PKR Perak, ditangkap rasuah dan sex bersama ahli majlis daerah dan beberapa orang.
Ini bahana dari sumpah atau..
Sengaja perangkap UMNO/BN untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak atau nak kalahkan Anwar di PP, PP????
Manyak menggong gua
Ogo 21, 2008 @ 02:25:20
Sebagai orang biasa rakyat rasa muak dan mual apabila orang yang rasa pandai , berilmu dan sebagai pemimpin teros berkokok … mulamula suroh bersumpah lepas bersumpah di pertikaikan pula .. yang dikatakan tok gururu gitu ,, pihak ini gini dan macam macam lagi … yang pasti semua pihak dah gila kuasa ..dan nak berkuasa tanpa mengira kaedah dan cara betul atau tidak … janji jadi atau tercapai matlamat … yang jadi magsa adalah orang biasa … yang melelak dan berkokok memang dak berwang dan takkan mati kelaparan .. apa yang pasti nuar kalau nua jadi PM melayu akan terus jadi mangsa dan islam jadi mangsa
Ogo 23, 2008 @ 15:23:17
Dah memang sikap UMNO dan konco-konconya gitu..kita pejuang Islam ni kena ambil iktibar..jangan sesekali permainkan amanah rakyat..jangan bersandiwara di sebalik ‘wajah’ Islam kita..yang penting…biarlah UMNO tu gitu sebab dah memang mereka begitu cuma kita yang bukan begitu,jangan sesekali bersikap begitu..SANDIWARA…
Sep 09, 2009 @ 08:42:31
sandiwara nate apo… dok kene kencing ngan anwar,,, 16 SEP 08 konong… samai la xde ape2
Mac 12, 2010 @ 03:55:27
xder maruah ker…bodoh syial penyokong BN nie….