Salam perjuangan,

Hari ini telah masuk hari ke 25 kita melalui detik ramadhan. Kita semua patut bermuhasabah sejauhmana penambahbaikan ramadhan kali ini berbanding ramadhan tahun lalu. Bagi saya pula, amat terasa ramadhan kali ini semakin kurang markahnya berbanding yang lalu. Harap-harap tidak sampai ke tahap gagal sudahlah.

Menjelang hari raya yang bakal tiba 5 hari lagi, saya mengambil kesempatan menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon maaf seandainya saya ada melakukan kesalahan melalui penulisan,perbuatan dan juga perkataan. Kira 0-0. Pada tahun ini saya menyambut raya dalam dua keadaan suka dan duka. Sukanya kerana kereta baru ku Grand Livina 1.6(A) telah sampai pada 4 September 2008 yang lepas. Nampaknya beraya dengan kereta baru la saya tahun ini. Inilah nikmat dunia katakan. Dukanya pula ialah mertua mengalami keuzuran kerana sakit lutut dan pendarahan dalaman. Beliau baru sahaja keluar dari wad 3 U HUSM dan sekarang menetap di rumah. Jadi hari raya ini nampaknya tidak ceria sedikit. Apapun doa saya semoga mertua cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.

Di kesempatan ini, saya ingin menjemput kepada semua kenalan dan sahabat untuk berkunjung ke teratak saya di kampung dewan beta pada bila-bila masa hari lebaran.

Peringatan kepada mereka yang suka menulis cerita yang palsu, memburukkan orang lain, hasad dengki dll perbuatan negatif, saya menyeru supaya insaf dan bertaubatlah sebelum Allah menghisab kita di akhirat nanti. Penulis blog antihusam sepatutnya tidak berselindung sekiranya kita benar. Apapun anda harus berhati-hati kerana identiti anda telah diketahui. Masa untuk memilih jalan yang lurus masih ada.

Advertisements