Salam perjuangan,

Ogos 2008 adalah bulan yang telah menggenapkan setahun saya berada di alam blogger.  Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan saya kekuatan untuk terus mencurahkan pandangan dan berkongsi maklumat dengan para pengunjung blog.   Sehingga kini 28 September 2008  saya telah menulis 185 tulisan dan menerima  lebih 51k pengunjung.  Saya juga telah menerima 216 komen di atas semua tulisan  atau profile. Bagi saya ini adalah anugerah yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada insan kerdil lagi tidak ternama seperti saya.

Saya ingin merakamkan sekalung terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada saya semenjak saya terlibat dalam penulisan blog ini. Doakan saya akan terus diberikan kekuatan untuk memberikan percambahan minda yang lebih baik setelah setahun melibatkan diri.

Advertisements