Salam perjuangan,

Pemilihan wanita UMNO pada Mac 2009 nampaknya tidak mudah seperti apa yang telah dipersetujui. Datuk Kamilia tetap akan bertanding dan sekarang menunggu giliran Datuk Shahrizat pula untuk mengumumkan pendirian terakhir beliau. Para perwakilan seolah sudah memberi isyarat bahawa pelan peralihan kuasa yang diumumkan tidak akan dipatuhi. Apalah nak jadi… Baik juga ada pergolakan ini, supaya diketahui siapa sebenarnya yang menjadi pilihan di kalangan wanita untuk dilantik sebagai ketua mereka. Lawan tetap lawan….

Berita terkini….Sah Datuk Shahrizat akan melawan kak fidah.  Dalam kenyataan kepada media, beliau telah mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan Mac nanti.  Ini bermakna Datuk Kamilia akan menang tanpa bertanding jawatan naib ketua wanita umno.  Siapa cerdik berbanding Kak fidah dan Che zat kita ???

Advertisements