Salam perjuangan,

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang menyayatkan hati dengan bilangan yang terbunuh setakat ini seramai 4 orang dan berpuluh-puluh yang lain cedera. Manakala beribu orang pula diarahkan berpindah kerana dikhuatiri tanah runtuh akan berlaku lagi memandangkan keadaan hujan. Kejadian ini adalah ulangan kepada tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun dahulu.

Maka sibuklah PM dan TPM memberi kenyataan bahawa pembangunan di lereng bukit khususnya di kawasan yang berisiko tinggi tidak akan diluluskan lagi. Tajuk bencana Alam dibesarkan oleh media arus perdana.

Apa yang menyedihkan bahawa tidak terkeluar dari mulut pemimpin tertinggi negara ucapan yang mengaitkan bala dari Allah. Susah sangatkah untuk mengucapkan bahawa apa yang berlaku ini adalah satu bala dari Allah dan peringatan kepada semua manusia supaya kembali ke jalan yang benar untuk menyelamatkan diri dari terkena Bala dari Allah. Bukankah sesuatu kejadian yang berlaku di atas muka bumi ada kaitan dengan Allah SWT. Media massa juga seolah-olah menyembunyikan topik Bala dari Allah. Firman Allah yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “. Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah . Kita tidak tahu apakah perbuatan yang dilakukan di sekitar perumahan itu…

Saya mencadangkan satu muhasabah mengenai perbuatan yang menyalahi agama dilakukan dikawasan itu selain bedah siasat mengenai keadaan tanah dan pelbagai prosedur perumahan. Ini adalah sebagai satu amaran dan pengiktibaran kepada masyarakat di tempat lain walaupun bukan berada di lereng bukit.

Advertisements